3 Kesilapan Besar Kebanyakan Calon Master Ph.D yang menyebabkan tidak boleh GOT / GBT

 

Sepanjang saya berinteraksi bersama ribuan calon Master Ph.D, serta dikalangan pensyarah dan profesor yang GOT atau GBT, saya dapati ada 3 kesilapan besar utama yang sering diulang buat oleh mereka yang lain.

3 kesilapan ini sangat besar impaknya yang akan menyebabkan mereka tidak boleh GOT (Graduate On Time)  atau GBT (Graduate Before Time). Puncanya kerana tidak tahu. Apa 3 kesilapan tu?

 

Kesilapan 1: Tiada “Kelengkapan Perang”
Kesilapan 2: Tiada Strategi
Kesilapan 3: Tada Persediaan dan Ketahanan Mental dan Fizikal

 

Saya suka ibaratkan masuk ke Dunia Master Ph.D ibarat masuk ke medan pertempuran. Bagaimana persediaannya? Adakah anda masuk dulu baru nak buat persediaan atau buat persediaan dulu baru masuk medan perang?

 

Kesilapan 1: Tiada “Kelengkapan Perang”

“Saya tak ada tajuk lagi”, “Saya taka da university lagi”, “Saya tak nampak nak buat apa lagi”, “Saya tak ada SV lagi”, “Saya tak tahu nak start dari mana”, “Saya tak ada Universiti lagi”, “Saya tak jumpa Gap lagi”, “Saya taka da proposal lagi”….

Sedar tak inilah antara “kelengkapan perang” awal yang boleh membantu anda buat seawal mungkin sejak sebelum mendaftar? Bukan dah mendaftar baru terkial-kial mencari. Inilah yang silapnya! Sebab itu ada yang sampai sem 5 masih belum ada SV, masih belum ada proposal. Nampak tak?

Kesilapan 2: Tiada Strategi

Strategi “Homework” dan step by step langkah mesti anda sudah jelas dan urus sejak dari awal. Wajib untuk perkemas diri dengan “Ilmu Urus” terlebih dahulu.

 

Kesilapan 3: Tiada Persediaan dan Ketahanan Mental dan Fizikal

Masa baru mendaftar sebagai calon Master / Ph.D motivasi dan semangat mencanak-canak naik. Masuk sem 2,3 dan seterusnya semakin lemau. Kawan-kawan pula semakin hilang seorang demi seorang.

Jawapan yang mereka berikan, “Sudah Give up”, “Rasa Master Ph.D ni susahlah”,  “Nak ulang alik ke universiti PJJ jauhlah”, “Nak urus anak-anak ,rumahtangga dan study lagi, rasa tak boleh handlelah” dan pelbagai isu lagi.

Sebenarnya segala isu dan permasalahan yang anda hadapi itu, bukan anda seorang yang baru lalui. Cuma anda yang tidak tahu cara nak hadapi. Solusinya? Tanya bagaimana mereka yang terbukti berjaya telah buat?

Masuk perang tanpa persiapan?

Agak-agak anda, kalau anda masuk perang tanpa 3 persediaan utama awal ini, apa yang akan berlaku?

Cuba anda bayangkan, kalau itulah jawapan anda disaat anda sudah mendaftar, kemudian sem 1, 2, 3 malah dengan jawapan yang sama, berapa semester telah anda sia-siakan? Berapa yuran telah anda laburkan?

“Orang yang Berjaya akan meninggalkan jejak-jejak kejayaan mereka.

Orang-orang yang gagal meninggalkan jejak-jejak kegagalan mereka”.

 

“Orang-orang yang GBT / GOT  meninggalkan jejak-jejak GBT / GOT mereka.

Orang-orang yang GAT meninggalkan jejak-jejak GAT mereka”.

 

Jejak mana yang anda mahu ikut?

 

Alhamdulillah ramai protégé Dr Roket telah faham dan ikut jejak-jejak orang-orang GBT / GOT dan telah merasai hasilnya, anda bila lagi?

Sekiranya anda berhasrat untuk menyambung Master Ph.D, dalam masa terdekat atau akan datang, pastikan anda tidak tidak lakukan 3 kesilapan yang saya sebutkan tadi.

Jika sudah terlambat pun it’s ok, tidak perlu malu dan rasa bersalah. Ada boleh menyusun langkah dan strategi yang baru. Better late than never! Anda dah masuk ke medan ni, jadi, “Buat sampai habis”. InsyaAllah masih ada sinar buat anda! Selamat maju jaya!

 

#DrRoket

#MasterPhDStrategist

Leave a Reply