fbpx Skip to main content
search
0

Mungkin ada persoalan-persoalan di bawah ini, pernah terlintas di dalam benak fikiran anda:

“Kenapa bukan 6 bulan ke atas?” 

“Tak boleh ke 1 ke 2 tahun? Baru berKUALITI penulisan tesis aku..”

Kenapa menulis tesis Master PhD dalam tempoh 3 bulan sangat penting dan mengapa bukan lebih daripada itu?

Tanya kembali diri anda, adakah anda rasa semakin tinggi tempoh anda menyiapkan tesis, semakin berkualiti tesis tersebut atau semakin ‘meninggal’?

Kenapa nak target lama-lama kalau anda boleh siapkan dengan CEPAT dan PANTAS, seterusnya anda boleh tamatkan pengajian dengan lebih cepat, bukan?

Jika anda bersetuju dengan pernyataan tersebut dan anda inginkan tips dan langkah-langkah untuk MEROKET tesis anda, teruskan pembacaan anda..

6 Langkah mudah ini insyaAllah akan membantu anda menggerakkan minda separa sedar supaya dapat melatih minda habis menulis tesis dalam tempoh 3 bulan (Target berapa tempoh bulan yang anda letakkan).

Ini adalah antara teknik yang dilakukan oleh mereka yang telah berjaya buktikan siap habis menulis tesis 6 hingga ke 3 bulan:

1- Kira dan tulis berapa halaman yang akan anda siapkan supaya dapat habis habis menulis tesis dalam tempoh 3 bulan.

2- Letakkan timeline tempoh masa untuk dihabiskan dalam tempoh 3 bulan (sekiranya target 3 bulan).

3- Rancang dan letakkan berapa kali anda nak atau akan jumpa penyelia/Supervisor. Boleh set appointment dengan penyelia secara berkala, malah anda akan lebih teratur dan sistematik dengan menggunakan RRD (Roket Research Diary).

4- Buatkan simple “affirmation” – Contoh: “Alhamdulillah, saya gembira dan sangat bersyukur kerana atas fakta hari ini [tulis tarikh jangkaan yang diharapkan-dalam tempoh 3 bulan] tesis saya telah berjaya diselesaikan”.

5- Pejam mata (latihan minda) bayangkan diri telah pegang tesis tersebut, cover tesis, bayangkan tajuk, nama anda, tahun. Bayangkan hari konvokesyen, nama anda dipanggil. Baca affirmation tadi setiap pagi dan sebelum tidur 5-11 kali berulang kali.

6- Buat Vision Board- Ambil gambar dan tampal gambar anda memakai baju konvokesyen. Letakkan juga gambar apa jawatan yang akan dipegang apabila habis Master / PhD nanti.

Selain itu, ada 2 syarat utama yang perlu calon Master PhD lakukan. Syarat bagi merealisasikan impian anda untuk habis menulis tesis 6-3 bulan adalah adanya gabungan menggerakkan minda separa sedar (subconscious mind) dan menggerakkan minda sedar (conscious mind).

Gabungan tersebut adalah melalui:- Gambaran dan Tindakan.

Tiada guna kalau hanya memiliki teknik separa sedar yang dikongsikan ini tetapi tiada tindakan yang dilakukan.

Masih ingat 3B? Buat, Buat dan Buat.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda, sharekan pada semua.

TIPS: Bagaimana Nak Latih Minda Habiskan Menulis Tesis Hanya Dalam 3 Bulan? Ini Antara Langkah Yang Wajib Anda Buat

Sumber foto: westchesterpalifecoach.com 

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x