5 SEBAB STUDY MASTER PHD ANDA MUSTAHIL BOLEH GBT ATAU GOT

thesis, tesis, master, phd, sv, universiti, postgraduate, phdlife, phdjourney, phdtips, tipsphd, dr roket

“Kau Confirm Ke Boleh GBT / GOT ni? Confirm takkan bayar yuran for nothing?”

Sambung belajar dah bertahun-tahun, tapi keadaan masih sama, kadang rasa blur, kadang rasa lost, kadang rasa stuck, adakala naik, adakala suram.

Takkan itu “goal” Master PhD Journey anda kan?

Dari dapatan saya, ada 5 sebab kenapa seseorang calon Master / PhD itu STUCK semasa menulis tesis.. Tak boleh nak move on..

Masa awal-awal daftar, awal-awal semester, ada yang sudah rasa selesa, relax. Kalau tak selesa dan relax pun, tak jumpa jalan keluar pula, masuk dah pintu sedar-sedar dah Sem 5 tapi proposal belum setel.. Aduh…

Antara 5 tertinggi adalah ini (cuba semak, adakah ada pada diri anda?):

1. Tidak Jelas Milestone Pengajian

Ramai calon Master PhD yang saya jumpa tak jelas milestone pengajian mereka sejak dari awal. Tidak tahu apa Do’s and Don’ts setiap “checkpoints” yang mereka lalui. Apa flow yang mereka patut tahu dan buat.

.
Keadaan ini akan menyebabkan masa habis begitu sahaja dan sedar-sedar masa semakin suntuk untuk pengajian dihabiskan segera.

.
2. Tiada Mentor

.
Ramai dikalangan calon Master PhD tiada mentor. Mentor ini yang akan guide anda satu per satu, apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan. Dia akan pegang tangan tunjukkan jalan. Mentor mungkin SV dan mungkin juga individu yang lain.

.
3. Lari dari SV

.
Sila duduk (tulis tesis) dan jangan lari (dari penyelia)! Ooppsss.. Ini sangat merbahaya. Jika penyelia anda “serang” dan suka “mengejar” dan “mengetuk”, hashtag #SilaBersyukur. Ini satu situasi yang sangat baik untuk memungkinkan anda GBT atau GOT. Jika langsung tidak, anda sebenarnya dalam zon bahaya. Progress anda perlu dijelaskan supaya dia dan anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Takut jumpa penyelia? Kenapa perlu takut kalau anda sudah tahu bagaimana perlu urus, setuju?

.
4. Tiada Sistem pemfailan

Sistem pemfailan secara manual dan online perlu. Namun, secara manual masih lagi relevan. Pastikan sistem pemfailan yang ada tersusun dan terurus sejak dari awal. Jika tidak, anda akan hilang produktiviti disaat anda perlukan sesuatu yang segera tetapi tidak jumpa.

.

5. Tidak Urus Pengajian

Antara masalah terbesar adalah tidak urus pengajian secara keseluruhannya. Urus diri, urus masa, urus komitmen, urus keluarga, urus aktiviti, urus fokus. Apatah lagi bagi mereka yang SUPER DUPER SIBUK.

Rasa seperti tak menang tangan dan tak ada masa nak tulis tesis. Apabila anda hilang momentum dan tiada ilmu urus, ya, ia mustahil untuk GBT atau GOT. Sebab itu perlunya Roket Tools digunakan secara maksimum. RRD (Roket Research Diary) misalnya, Alhamdulillah telah membantu mereka yang sibuk untuk “urus”.

.

.
Kesimpulannya, untuk memastikan anda GBT atau GOT bukan bermaksud kita kena buang semua perkara dalam hidup dan hanya dunia tesis sahaja. Kembalikan dan raikan serta nikmati tanggungjawab hakiki seorang individu manusia biasa. Tanggungjawab anda mungkin sebagai anak, bapa, ibu, rakan, pekerja dan sebagai individu. Raikan.

.

Anda harus fikir dan belajar bagaimana untuk kekalkan momentum dan perkemas ilmu urus supaya GBT atau GOT menjadi kenyataan. InsyaAllah! Boleh, boleh?

 

#DrRoket

================
Seminar Khas Master PhD untuk orang Super Duper Sibuk, Seminar GEMPUR. 29 Sept 2018. Pendaftaran Super Early Bird dibuka SEKARANG!

Saya yakin, dengan adanya Ilmu Thesis Management yang betul, progress Master PhD anda akan bergerak dengan lebih pantas malah setiap hari!
.
Klik link ini untuk mendapatkan tiket ke Seminar Gempur (Master PhD untuk Orang Sibuk) promosi Super Early Bird sebelum berakhir sekarang:

http://bit.ly/SEMINARGEMPUR

Info lanjut boleh dapatkan bantuan dari tim :
.
0183998003 cik Zaty
0182587003 cik Nana

thesis, tesis, master, phd, sv, universiti, postgraduate, phdlife, phdjourney, phdtips, tipsphd, dr roket

Leave a Reply