8 ORANG YANG WAJIB ANDA FOLLOW JIKA NAK KE MASTER @ Ph.D

Perkongsian ini dari FB Saudara Muhammad Amin. Dikongsikan semula untuk calon / bakal calon Master Ph.D diluar sana.

Ini adalah antara individu yang anda patut follow, terutama sesiapa yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau Ph.D.

Mereka antara individu yang aktif memberi info, imu dan panduan kepada calon Master dan Ph.D.

1. Prof DR Norzaidi Mohd Daud dari UiTM

Pensyarah di Institute of Research Management and Innovation (IRMI) di Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UITM). Antara individu yang amat aktif di media sosial. Antara ahli dalam Majlis Profesor Negara. Bukan sahaja aktif di media sosial, beliau juga aktif di lapangan.

.

2. DR Othman Talib dari Universiti Putra Malaysia

Pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia. Banyak info yang anda boleh dapat jika anda follow fb beliau.

.

3. DR Anita Adnan Adnan

Adalah seorang Co-Founder bagi Doctorate Support Group. Sangat aktif dalam memberi info di dalam group yang beliau wujudkan.

.

4. DR Hayrol Azril Hayrol (Pegawai Penyelidik Sosial UPM)

Seorang yang sentiasa positif. Sentiasa memberi panduan bagi individu yang dalam perjalanan Master dan PhD.

.

5. DR Mohd Yusri Ibrahim (Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Terengganu)

Aktif dalam memberi seminar antaranya bengkel analisis statistik yang akan telah dijalankan di IPG KDRI, Kuala Nerus baru-baru ini.

.

6. DR Azlan Wildan dari Universiti Putra Malaysia

Sentiasa positif dan sering dijemput memberi semangat kepada postgraduate yang sedang berjuang. Ph.D dalam fizik. Muda dan Berjaya amat sesuai dengan gelaran untuk beliau.

.

7. DR Mohd Khairul Nizam (Pensyarah Kanan di Universiti Sains Islam Malaysia)

Aktif dengan Seminar Roket bagi pelajar Master dan Ph.D. Boleh lihat di website www.drroket.com.

.

8. DR Mohd Zuli Jaafar (Pensyarah Kanan UiTM)

Aktif di lapangan dalam memberi ilmu penyelidikan kepada pelajar postgraduate. Antaranya adalah cara-cara mudah dalam menulis cara mudah dalam menulis penyelidikan dan banyak lagi.

.

Selebriti dengan PhD:

Ini antara saya yang respect, Peserta Lawak Solo Astro.

DR Aaron Aw Teik Hong Lawak Solo baru sahaja grad Ph.D di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam masa beliau membuat orang ketawa, sempat juga beliau mencapai tahap pendidikan tertinggi di menara gading. Terbaik bro!

Antara Group yang boleh anda follow yang banyak memberi informasi berguna

-Doctorate Support Groupe Support Group

Sekian

Dipetik dari buku Tips-tips Lulus Ph.D oleh Prof. Dr Norzaidi Mohd Daud

#DrRoket

Leave a Reply