agaikan ‘dijampi’, saya tidak pernah meninggalkan thesis saya lebih daripada 25 jam…

By May 12, 2020Kisah Inspirasi

CUKUPLAH APA YANG MEREKA TULIS JADI SAKSI DEPAN ALLAH NANTI.

Assalamualaikum,
Salam 12 Ramadhan buat DR, Dr Mar & Team DR.

Alhamdulillah, dengan ini saya ingin maklumkan yang saya telah berjaya menyiapkan first draft thesis saya hari ini pada tarikh 05052020, 10 hari selepas RIC 1. Thesis yang telah lama ditinggalkan dengan jumlah hanya 89 halaman, telah berjaya digandakan kepada 261 halaman. Alhamdulillah!

Terima kasih atas segala tunjuk ajar DR & Dr Mar melalui online seminar NUT dan RIC 1, biawak yang selama ini bersarang dalam diri telah berjaya dibuang jauh-jauh. Terima kasih DR atas segala ilmu pengurusan thesis & strategi yang saya tak pernah lagi jumpa di mana-mana selain dari DR. Terima kasih Dr Mar, atas ilmu pengurusan masa TM 168 yang sememangnya POWERFUL untuk kami bangsa-bangsa postgrad ini. Bagaikan ‘dijampi’, saya tidak pernah meninggalkan thesis saya lebih daripada 25 jam, selalu ‘angau’ nak sambung menulis selang 40 minit. Saya tak sangka saya dapat mencapai target untuk siapkan deraf pertama hanya dalam masa 10 hari. Doakan saya dapat siapkan thesis saya kurang dari 6 bulan ye Dr.

Kejayaan ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan doa suami, keluarga serta bantuan rakan-rakan seangkatan yang sering membuat pembakaran terbuka, perkongsian tips dan ilmu di dalam group Platinum Batch 4. Video-video perkongsian senior Platinum juga banyak membantu dalam penghasilan deraf pertama saya ini. Doakan saya dapat menjadi hebat seperti senior-senior Platinum yang sentiasa disebut DR.

Terima kasih sekali lagi kerana telah memilih saya menjadi sebahagian keluarga Platinum. Izinkan saya untuk terus bersama keluarga ini & DR, halalkan segala ilmu yang saya ambil dari hari pertama NUT hinggalah saya keluar dari Bilik Viva nanti.

Salam Ramadhan,
Wan Nur Azwani binti Mohamad Masri
Platinum Batch 4

Anda ok?

 

Leave a Reply