APA BESTNYA BUAT Ph.D..?

 

Dr. Best tak buat Ph.D..? soal seorang pelajar usai kelas semester lepas.

.

Tak best. Ujar saya selamba. Ha..? Habis tu kenapa Dr gigih pusing 1 Malaysia macam nak ajak SEMUA orang Malaysia buat Ph.D..?

.

Selagi namanya “worldly life” mana ada yang best mutlak. Best semaksima mana pun pasti bosan selepasnya.

.

Buat Ph.D ni memaksa awak untuk BEKERJA KERAS dan kena melabur WANG, MASA dan DIRI.

.

Pulangan, kemanisan dan bestnya  Ph.D ni pada 3 perkara PENTING. nak tau?

.

Ya pastinya Doc!

.

1. Ilmu

.

Best sangat bila saat buat Ph.D ni kita dapat masa dan keberanian untuk baca BANYAK buku yang kita takut nak sentuh pun masa degree. Jika tersentuh pun letak semula.

.

Kita terPAKSA cari jalan untuk sentuh dan baca supaya faham. Sebab dulu masa degree paksa faham untuk jawab exam jer kot.

.

Setelah itu kita ada kesungguhan dan ke”istiqamahan” untuk hadir “talk” yang lebih mencabar minda. Dulu masa degree lintas jer. Jika singgah pun blur-blur katak.

.

Sebab tulah bila awak tengok “penceramah” berkelulusan degree dan Ph.D ni lain contentnye. *cuma boleh dibincang lagi.

.

2. Professional Network

.

Ni part paling best sebab ia melibatkan masa depan dan hubungan sosial dengan golongan elit akademik.

.

Bila buat Ph.D awak terpaksa bentang paper diperingkat antarabangsa. Jadi saat itulah awak bertemu dengan otai-otai pakar dalam bidang masing-masing. Jika tiba-tiba jer nak hadir seminar tak kot. Ni awak terpaksa. So nak tak nak kena berseminar dan bertegur sapa dengan mereka. Cuma awak kena pandai pilih seminar.

.

Cabaran terbesar otai-otai pakar ni mereka tak pandai “market”kan diri. Sebab tulah ilmu-ilmu mereka yang power tu tak ramai yang tahu. Mana ada orang luar Universiti yang gigih buru Prof-prof di fakulti betul tak..? Sedangkan ilmu yang mereka miliki tu power kot. Akhirnya entah mamat-mamat datang dari mana muncul berkongsi.

.

3. Status Sosial

.

Beza tak bila anda bergelar “Dr” dan “En”? Bezakan..? *Dibaca bukan untuk ego atau takabbur.

.

Contoh seorang usahawan bergelar Dr  dengan usahawan yang hanya “En” atau mufti Bergelar Dato dengan mufti bergelar “Dr” atau seorang penceramah bisnes bergelar “En” dengan bergelar “Dr”. Lain kot statusnya. Cuma part ni perlu belajar tundukkan hati banyak sikit ye.

.

.

Baik Doc faham jelas. So bila nak buat Ph.Dnye..?

.

Okok Doc saya bagi habis FYP dulu. Then saya isi borang Master.

.

Mahukan maklumat lebih banyak tentang Master Ph.D boleh ziarah di www.drroket.com

 

 

#DrRoket

#phdlife

#phdexpidition

#inovasiPhd

#MasterPhdFamily

#MasterPhdRoket

#MasterPhdOrangSibuk

#ViralmasterPhD

#xifumasterPhD

#MasterPhDMudah

#PhDone

#PhDism

#postgraduatelife

Leave a Reply