Awal Muharram, Peluang Penghijrahan Buat Anda

Sesungguhnya orang- orang yang beriman, orang- orang yang  berhijrah di jalan Allah, mereka itu mengharapkan Rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (Al- Baqarah: 218)

Bangsa Posgrad yang dihormati,

Sungguh bulan Muharram mengimbau seribu satu kenangan penghijrahan buat anda semua. Andalah contoh terbaik yang menggambarkan semangat penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat pada 1400 Hijrah yang lalu.

Berada didalam era kemodenan arus semasa, menuntut umat Islam masa kini sentiasa celik dan cerdas dalam menjalankan amanat sebagai Khalifah.

Ya, hanya dengan ilmu mampu merealisasikan tugasan khalifah didalam diri kita semua dan membantu umat Islam beradaptasi dengan perubahan zaman.

Ilmu itu cahaya.

Kerana itu, menuntut ilmu memerlukan penghijrahan rohani dan jasmani kearah yang lebih murni, agar hati lebih mudah menyerap cahaya hidayah-Nya. Bangsa Posgrad menjadi teladan yang tepat buat umat Islam masa kini melalui gelaran dan tindakan mereka.

Mereka telah berjaya berhijrah daripada zon selesa, masuk ke dalam zon Master PhD bagi menuntut ilmu melalui sistem pendidikan yang sahih.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga sebenarnya berjaya keluar dari persekitaran dan pengaruh kelompok negatif, dengan menyertai golongan ilmuwan yang mulia.

Yang paling utama, sudah semestinya corak pemikiran mereka berhijrah terlebih dahulu, dengan membuang segala sikap dan pemikran negatif serta nilai mazmumah.

Beginilah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat baginda, ketika mana Allah Ta’ala menyampaikan wahyu kepada baginda SAW di Gua Hira’ dan diangkat darjat sebagai seorang Rasul-Nya.

Bermula menyampaikan da’wah hanya dalam kalangan keluarga dan sahabat handai, baginda segera berhijrah dari Mekah ke Madinah bagi menyebarkan dakwah secara terbuka, selepas menerima wahyu daripada Allah Ta’ala.

Peristiwa yang berlaku pada tahun 622 Masihi ini, menceritakan kesanggupan baginda SAW berkorban nyawa, harta dan meninggalkan insan tersayang demi menggapai redha-Nya biarpun diancam oleh kaum Quraish dan musuh islam sepanjang perjalanan Hijrah.

Peristiwa Hijrah ini begitu penting sehingga tercatanya sebagai permulaan tahun umat Islam.

Hijrah penyelamat tesis.

Sepertimana Nabi SAW berhijrah bagi menyelamatkan agama Islam daripada ditindas oleh musuh- musuh Islam, begitu jualah anda sebagai bangsa Posgrad.

Sungguh peristiwa Ma’al Hijrah mengingatkan anda untuk berhijrah bagi menyelamatkan tesis anda daripada sebarang bentuk kegagalan.

Sungguh sepanjang perjalanan  Master PhD, anda akan berhadapan dengan pelbagai rintangan, ujian dan dugaan yang boleh meyebabkan usaha anda tidak berhasil.

Namun ingatlah bahawa, tiada yang sia- sia selagi mana anda bergerak mengorak langkah dan membuat tindakan- tindakan  yang betul secara Istiqamah menuju impian menjadi mereka yang berilmu.

Kerana hanya dengan bergerak akan mewujudkan tenaga, dan hasilnya tindakan positif akan menjadi rutin membawa anda menuju kejayaan dengan izin-Nya.

Setiap orang mampu memulakan, namun bukan setiap orang mampu menyelesaikan.

Bangsa posgrad perlu komited melalui penghijrahan yang mungkin terbesar didalam hidup mereka, apabila masuk ke dalam dalam dunia Master PhD yang penuh cabaran.

Muharram, bermaksud diharamkan atau dilarang, jika dahulu Allah Ta’ala melarang daripada terjadinya peperangan yang menyebabkan pertumpahan darah dan peperangan.

Bagi pelajar Master PhD pula, inilah masanya anda memelihara idea dan penulisan anda daripada penolakkan dan daripada perkara yang melanggar pantang larang untuk anda bergraduasi pada masanya.

Tesis anda adalah sebuah khazanah yang anda perlu perjuangkan dan lindungi, kerana ianya amanat dan ilham daripada Allah Ta’ala kepada penuntut ilmu seperti anda.

Kelangsungan hidup dan tesis anda.

Sesungguhnya penghijrahan menjamin kelangsungan tesis dan kehidupan anda, dengan syarat anda perlu konsisten membuat tindakan- tindakan yang betul. Antaranya, mereka perlu sentiasa berfikir dan bersedia dengan sebarang kemungkinan dan persoalan yang mendatang.

Disamping itu, pastikan anda membuat perancangan rapi, mengenal pasti guru yang dapat membantu, dan memikirkan tempoh- tempoh masa yang bersesuaian bagi setiap proses yang dilalui.

Berkat kefahaman anda terhadap erti penghijrahan sebenar iaitu kerana Allah Ta’ala, akan membantu anda menghayati erti Awal Muharram dan mempraktikkan dalam perjalanan Master PhD yang penuh berkat ini.

Ketika inilah anda akan sedari bahawa penghijrahan ini sebenarnya memupuk rasa cinta terhadap bukan sahaja tesis, malahan kurniaan kehidupan anda.

Ini kerana, anda tidak akan mampu melihat hikmah dan kebaikan segala sesuatu sekiranya kekal berada di takuk yang lama, dengan ilmu dan hijrahlah anda akan menyedari bahawa anda antara insan yang terpilih.

Bersyukurlah, anda bakal berbakti kepada agama dan masyarakat melalui wasilah ilmu yang ditulis dan dikaji.

Amanah dan tanggungjawab ini hadirnya bersama ujian yang bukan sedikit, sepertimana kisah Nabi Yunus AS yang ditelan didalam perut ikan, akhirnya diselamatkan oleh Allah Ta’ala, berkat kesabaran dan tidak putus asa terhadap Allah Ta’ala.

Sungguh Awal Muharram mengandungi peristiwa kenabian dan lakaran sejarah Islam yang penting sehingga menjadi sambutan dan ingatan buat umat Islam sehingga kini.

Tiap sesuatu kejadian dan peristiwa yang terjadi adalah sebagai kita memperingati bahawa pertolongan Allah Ta’ala itu ada sekiranya kita percaya dan bertindak berlandaskan syariat-Nya.

Tidak terbatas pada usaha duniawi semata- mata, kita haruslah menyeimbangkan dengan amal ibadah dan sunnah bersempena Ma’al Hijrah agar mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah Ta’ala.

Antara amalan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi SAW adalah dengan memperbanyakkan puasa sunat seperti berpuasa Asyura pada 10 Muharram dan Tasu’a pada 9 Muharram.

“Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram dan solat paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam.”

Peristiwa Ma’al Hijrah sebenarnya membuka minda anda, bahawa Allah Ta’ala sentiasa memberi peluang buat umat-Nya menjadi lebih baik melalui contoh penghijrahan Nabi SAW. Dr. Roket mengajak anda berhijrah bersama-sama: https://bit.ly/NAKJOIN_DRROKET

Leave a Reply