BAGAIMANA MENULIS ABSTRACT YANG BAIK?


.
Bila mata melihat abstract yang ditulis pastinya mereka yang berpengalaman tahu apa yang patut difokuskan. Tulah bezanya antara mereka yang berpengalaman dan novis.
.
Menulis abstrak tesis adalah satu seni yang perlu dipelajari. Bukan main tulis jer bro. Abstrak boleh dianggap fokus utama pemeriksa bila nak nilai tesis awak tu!
.
Jom saya kongsikan 7 titik RAHSIA yang WAJIB bangsa postgrad tahu.
.


1. “Problem” kajian ditulis sangat jelas

Bak kata pakar “Very brief problem description” Sehingga pembaca berkata. Ya ini memang
betul-betul problem. Satu tesis Ph.D tak cukup ni.

.
2. Kajian mesti terlihat “rationale

Rasional ni fahamnya masih berpijak dibumi. Tunjukkan sejelas-jelasnya pada “problem statement”.

.

3. “Hypothesis” kajian juga kelihatan dalam abstrak yang ditulis. Itu pun jika ada.
.

4. Senaraikan objektif kajian.

Objekti kajian adalah cermin tajuk anda. Kejelasan tajuk membuatkan objektif anda jelas.
.

Paling benar bila objektif kajian anda dapat menjawab ” What – How – Why ” bergantung kuanti atau kuali.

.

Berapa nak tulis..? 3 sudah memadai itu level Ph.D. Erk sikitnye..? Walau 3 masa untuk anda selesaikannya mungkin mencapai 3 tahun. 

.

5. Jelaskan metode yang digunakan

Pastikan metode yang anda guna diketahui oleh pakar bidang bukan suka-suka bina metode sdn bhd. Rule of thumbnya ” the guiding principle for implementing the research..enough detail for another qualified researcher to implement the study..”

.

6. Dapatan

Nyatakan dapatan atau hasil dengan jelas. Ini paling dicari oleh pembaca tesis tegar dan pakar. Bukan apa disinilah ada cik puan “novelty” .Berakhirnya tesis anda bila “novelty” ditemui. Cik “NOVELTY” yang bakal menutup GAP awak..!

.

7. Impak kajian

Tunjukkan sejelasnya impak kajian dalam abstrak. Ia juga difahami sebagai ” main significance of the research”.
.
Jika cukup 7 asasni dalam abstrak. InsyaAllah oklah tesis awak tu. SV pun akan tersenyum sambil bertanya. Bila nak isi borang notis 3 bulan..?
.
Jika anda rasa tulisan ini bermanfaat sila kongsikan ye.

Saya banyak share Tips, Info tentang Dunia Master Ph.D di Channel Telegram Dr Roket.
Hanya baca di hujung jari. Klik sini » https://t.me/drroket

Nak dapatkan Access Free 5 Siri Video Dr Roket? Klik sini » https://www.facebook.com/groups/199112770696102/

#DrRoket

Leave a Reply