Beli Ph.D Dengan Restu Ibu

dr roket
dr roket

Beli Ph.D Dengan Restu Ibu.

“Ibu…?Apa kaitannya ibu dengan Ph.D saya doc? Ph.D ni bukan sebab bijak dan pandai rancang ker?
.
Ibu saya tak pandang pun saya.┬áSebab saya tak mampu nak bagi dia apa-apa. Saya buat bidang ni pun dia tak suka pun. Dia nak saya jad “x”. Adik beradik saya semua jadi “x” Lagi pun satu famili tengok saya ni loser..So saya kena buktikan saya boleh.
.
Saya cuba untuk habiskan juga Ph.D sebab nak buktikan pada family. Puluh ribu saya habiskan tujuannya untuk ada Ph.D. Cuma sampai sekarang tak selesai-selesai…bla bla”
.
Saya tesenyum dan terus mendengar penuh minat. Tidak membangkang sama sekali. Minat saya mendengar dan mencatat setiap kata-kata calon Ph.D baru nak “up” (CPBNU).
.
Baik saya amat faham jiwa dan perasaan awak. Mohon saya berkongsi. Ramai calon Ph.D yang saya temui berjaya G.O.T atau G.B.T beli Ph.D dengan Restu Ibu.
.
Ya Restu Ibu. Itu punca mereka bergraduat. Ini bukan bermaksud mereka bergraduat tanpa berhadapan cabaran. Cabaran tetap ada sepanjang buat Ph.D. Berat ujian mereka.
.
Tetapi saat di uji Ph.D mereka tetap selesai. Kenapa?.
.
Sebab mereka ada restu keramat hidup. Ibu. Mereka beli “ibu” untuk beli bantuan Allah. Saya katakan kepandaian awak dan kehebatan awak hanya 10% sahaja. Selebihnya Allah uruskan sehingga selesai kerana “ibu” awak.
.
Merendahlah diri hormat kepada ibu awak. Sekalipun awak merasakan ibu awak tidak memandang tinggi kepada awak berbanding adik beradik yang lain. Awak tetap anak. Siapa kita memanjat kejayaan tanpa ibu?.
.
Cuma doc ibu saya suka minta macam-macam?
.
Tidak mengapa. Berikan yang terbaik buat ibu dalam kadar kemampuan kamu. Dan mohon maaf kepadanya.
.
Contoh jika seorang pembesar minta kamu belikan buah. Pasti kamu beli dari pasaraya. Dibungkus dengan baik. Diletakkan kad ucapan.
.
Tetapi bila ibu minta belikan buah. Kita hanya beli dipasar malam. Betul?
.
Jadi apa yang patut saya buat Doc?
.
Balik mohon maaf, khidmat dan berikan yang terbaik buat ibu kamu. Yakin dan pastilah Allah akan bantu tesis kamu.
.
Tesis kamu tidak loser. Kamu cuma loser membeli RESTU IBU!
.
.
Ini pengalaman dan kisah benar orang berjaya.

Tip Jom Beli Ph.D (Beli Restu Ibu):

  1. Berhubung dengan Ibu – Ziarah atau telefon. Berceritalah apa yang berlaku kepada anda. Mintalah ibu doakan secara specific apa yang anda inginkan. “Ibu, doakan saya lalui Viva dengan tenang dan konfiden”.
  2. Berikan sesuatu – Hadiahkan atau berikan sesuatu yang pernah mereka impikan. Bahagiakan mereka.
  3. Doakan – Doakan mereka diberi kesihatan yang berpanjangan. Doakan mereka juga jika sudah tiada. Allah lapangkan kubur dan ampunkan dosa-dosa mereka. Doa anda sebagai anak yang soleh / solehah.

#DrRoket

 

 

 

Leave a Reply