Bergelar Guru Bukan Penghalang Puan Khasturi Komited Sebagai Platinum Dr. Roket

“Dr Roket seorang guru yang amat luar biasa. Begitu tinggi nilai seorang guru Mithali yang terdapat dalam diri beliau. Saya amat terharu melihat semangat beliau dalam mendidik insan-insan yang amat memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam mengetahui strategi sebenar proses penulisan tesis. Beliau memang seorang yang dedikasi dan menjadi contoh ikutan kepada setiap guru seperti saya.  Saya memang terhutang budi dan bersyukur, bersyukur, bersukur kerana memilih saya sebagai salah seorang Platinum beliau.”

Ikuti perjalanan PhD seorang guru berdedikasi ini, bersama Guru Master PhD No. 1 Malaysia.

Tugasan sebagai seorang guru zaman kini, sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi terutama dari segi masa. Kesibukkan menggalas tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa bersama tugasan yang berkaitan, membuatkan mereka hampir tidak menang tangan menjalankan tugasan.

Ini sangat memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi kerana seorang guru akan menjadi contoh buat anak didiknya.

Begitu juga dengan Puan Khasturi Ramalingam, beliau sentiasa bersemangat dan bertenaga menjadi guru yang berdedikasi biarpun beliau hampir sibuk sepanjang masa dengan tugasannya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Masai Johor.

Istimewanya Puan Khasturi, biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang guru yang begitu berdedikasi, bukan menjadi penghalang beliau menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Pengurusan di Universiti Teknologi Malaysia pada November 2019.

Kesibukan dalam mendidik anak murid, bukanlah penghalang buat beliau untuk turut meningkatkan ilmu dan potensi diri dengan mendaftarkan diri menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.

Percaya dengan pentingnya ilmu pengetahuan dalam hidup, membuatkan Puan Khasturi memilih untuk berguru dengan Guru Pengurusan Master PhD nombor satu Malaysia;  Dr. Roket.

Cabaran menjadi guru dalam pada masa yang sama menjadi bangsa Posgrad sungguh tinggi dan sangat memerlukan target yang nyata agar seimbang pencapaian kelak.

“Saya ingin menamatkan pengajian saya dengan cepat kerana saya ada  impian besar untuk memberi khidmat saya kepada kanak -kanak pada peringkat yang lebih tinggi. Untuk itu, saya perlu mempercepatkan penulisan Tesis dan fokus pada masa depan”, ujar Puan Kasthuri yang sangat jelas tentang matlamat akademik dan kerjaya beliau.

“Hidup ini adalah pilihan, kita yang memilih jenis kenderaan sendiri untuk sampai ke sesuatu destinasi, sama ada hendak sampai cepat atau perlahan”.

Kata- kata Dr. Roket didalam LIVE Morning Doc baru-baru ini sesuai dengan situasi Puan Khasturi, apabila beliau mengambil keputusan yang sangat bijak iaitu dengan menyertai Seminar Nak Ubah Tesis pada 11 April 2020 untuk mempercepatkan perjalanan PhD beliau.

Ini kerana, sebelum menghadiri Seminar NUT beliau suka bertangguh, selalu memberi alasan tidak munasabah dan kurang memikirkan tentang penulisan tesis.

Pada mulanya beliau agak skeptikal terhadap proses Dr. Roket kerana beliau tidak suka proses yang agak lambat baginya, disamping sedang keliru dengan tajuk tesisnya.

Beliau seakan-akan tiada momentum untuk menyentuh tesisnya dan banyak menumpukan perhatian terhadap kerja hakiki sebagai guru sahaja.

Mujur Dr. Roket membantu beliau untuk keluar daripada halangan-halangan ini dan mengubah corak pemikiran bahawa mudahnya menyiapkan tesis sebenarnya. Sebaik sahaja menghadiri NUT, momentum beliau mula meningkat apabila mengenali rakan-rakan seperjuangan dan berada didalam circle group positif Dr. Roket.

Beliau tidak lagi keseorangan dalam mengharungi perjalanan Master PhD, malah beliau dapat atasi cabaran akademik dan kerjaya. ‘

10% Motivasi, 90% Strategi’, ilmu pengurusan Dr. Roket ini telah membantu beliau membuat perancangan yang efektif dan mengubah rutin harian menjadi lebih baik.

“Tools Dr.Roket memberi panduan untuk mempercepatkan proses penulisan tesis. Ia juga dapat membantu menguruskan masa secara optimum”, Puan Kasthuri memberikan pendapat jujurnya sepanjang mengikuti proses Dr. Roket.

Beliau juga merasai perubahan paling ketara apabila lebih menghargai masa dan menggunakan secara optima bagi keseimbangan akademik, kerjaya dan kehidupan peribadi beliau.

Percaya dengan result-result luar biasa kejayaan pelajar- pelajar Dr. Roket, beliau meneruskan langkah mengikuti proses yang betul bersama Dr. Roket dengan menyertai Research Intensive Class 1 pada 15 Mei.

Biarpun terpaksa menukar tajuk kajian pada saat- saat akhir dan hampir berputus asa, Puan Kasthuri bertuah kerana mendapat sokongan moral didalam circle group positif Dr. Roket.

Beliau mendapatkan bantuan dan tips daripada Platinum Dr. Roket, Dr. Hidayah Ahmad dan Dr. Mazidah Rejab sehingga berjaya menyiapkan draft pertama pada 17 Mei 2020.

“Platinum Dr. Roket mempunyai haluan yang jelas dan tepat dan saya sering dibantu oleh mereka, tim Dr. Roket dan geng platinum yang amat berdedikasi”, penghargaan beliau yang juga optimis bahawa semakin banyak cabaran, semakin banyak kejayaan menantinya.

Ini terbukti apabila sejak mengikuti proses Dr. Roket, Puan Kasthuri mampu menulis 5 sehingga 7 muka surat sehari, secara purata 30 muka surat seminggu dan 120 muka surat sebulan. Baru- baru ini beliau berjaya menyiapkan draft yang kelapan, berjumlah 338 muka surat dalam tempoh 15 hari.

Ternyata dengan bantuan dan dorongan geng Platinum Dr. Roket, tesis beliau berevolusi secara luar biasa dan positif.

Beliau adalah salah seorang daripada ribuan penonton setia FB Live Morning Doc setiap pagi dan berdisiplin mencatat Learning Point bagi mengekalkan motivasi didalam diri.

Dengan mempercayai proses Dr. Roket dan konsisten menggunakan tools Dr. Roket, impian beliau untuk Graduate Before Time dan Graduate After Time bukan lagi mustahil walaupun sibuk dengan tugasan hakiki sebagai pendidik.

Ini secara tidak langsung membantu beliau mencapai impiannya selepas bergelar Dr. akademik kelak. Antaranya untuk memberikan lebih perhatian terhadap kehidupan, meluaskan perkhidmatan untuk kanak-kanak seluruh dunia dan memiliki kediaman idaman.

“Pada mulanya saya tidak tahu manfaat menjadi seorang platinum dan hanya ingin mencuba. Tetapi kini baru saya sedar betapa istimewanya saya menjadi Platinum Dr Roket.

Rakan-rakan  posgrad sebenarnya perlukan satu saluran yang boleh membantu kalian untuk meneruskan proses dan mempercepatkan proses penulisan tesis secara mantap.

Kita tidak boleh berada di dalam dunia posgrad bersendirian!”, Puan Kasthuri menggalakkan rakan-rakan seperjuangan menjadi Platinum Dr. Roket bagi merasai sendiri keistimewaan yang beliau perolehi.

“Saya teramat bersyukur kerana dapat menjadi ahli keluarga dalam Team Roket yang teramat positif. Saya sentiasa diiringi dengan insan-insan yang hanya fokus pada kecemerlangan disamping mengutamakan kesyukuran kepada Tuhan dan membantu orang lain dalam apa jua keadaan. Terima kasih Dr Roket, Team 2MWorld yang amat berkaliber dan teruskan usaha murni kalian. Jasamu dikenang sehingga akhir hayat!”

Teruskan bergelar Platinum Dr. Roket berdedikasi seperti Puan Kasthuri, agar anda tidak menyesal kemudian hari! Hanya klik disini:

https://bit.ly/SAYANAKJADIPLATINUM

One Comment

Leave a Reply