Bermula Seminar NUT Dr. Roket, Ir Dr. Ahmad Zaidi Meneruskan Langkah Sehingga Berjaya Viva!

Alhamdulillah hari yang dinanti telah tiba pada 10 Ogos 2020 baru- baru ini buat Platinum Dr. Roket, IR Dr. Ahmad Zaidi kerana berjaya didalam sesi Viva! Sungguh sesi pembentangan Viva adalah detik keramat bagi setiap pelajar posgrad dan tahniah kami ucapkan!

Beliau bukanlah calang-calang insan jika anda mengenali sejarah Pendidikan beliau. Beliau merupakan pelajar Ph.D Bidang Kejuruteraan Elektrik (Voltan Tinggi) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di UniMAP.

Di sebalik kejayaan IR Ahmad Zaidi, beliau juga pernah berhadapan dengan situasi dan cabaran seperti para pelajar posgrad yang lain.

Tesis bergerak perlahan dan tersangkut-sangkut. Perhubungan dengan Allah Ta’ala kurang. Terasa rutin harian begitu sibuk serta tidak tahu teknik penulisan yang betul. Apa yang lebih mencabar, beliau berada didalam  kumpulan dan corak pemikiran yang negatif.

Beliau nekad untuk siapkan cepat PhDnya. Pengalaman silam ketika pengajian Master yang lambat dahulu, telah menyedarkan beliau untuk meletakkan target ‘nak habis cepat untuk PhD’.

Antara tindakan beliau untuk menyelamatkan diri daripada berulang episod kegagalan, beliau pergi mengerjakan umrah untuk pertama kalinya bagi mencari jalan penyelesaian.

Di Mekah, beliau berdoa dan mengadu kepada Allah Ta’ala dengan bersungguh-sungguh bahawa beliau ingin sangat menghabiskan PhD sebelum tiga tahun.

Untuk pengetahuan semua, beliau begitu tertekan sebenarnya kerana majoriti sahabat – handainya memperolehi cuti belajar lebih lama, dan mereka berjaya menamatkan pengajian diantara 3-4 tahun sahaja, sama ada belajar di Universiti Tempatan mahupun di luar negara.

Sebaliknya beliau, pula mendapat surat kebenaran belajar daripada Kementerian Pengajian Tinggi, hanya 2.5 tahun sahaja iaitu bermula  1 April sehingga 31 September 2020.

Alhamdulillah, setelah pulang daripada mengerjakan umrah, doanya menjadi makbul kerana ketika itu beliau berjumpa dengan Dr. Roket.

Perjalanan beliau bersama Dr. Roket bermula pada 29 Disember 2019. Beliau mendapat jemputan seorang rakan secara percuma pada awalnya untuk menyertai seminar ‘Nak Ubah Tesis (nama Gempur sebelum ini) pada 29 Disember 2019.

Impak selepas menyertai N.U.T, beliau sudah mampu untuk bangun Qiamullail dan menunaikan solat malam, pengurusan masa kehidupan harian lebih jelas dan beliau lebih fokus didalam penulisan tesis.

Alhamdulillah, hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja beliau berada didalam proses Dr. Roket sebagai Platinum Dr. Roket, beliau berjaya menghasilkan result demi result yang luar biasa MasyaAllah Tabarakallah..Alhamdulillah!

Selepas menyertai kelas Roket Intensive Class 1 (RIC 1) pada 24 hingga 26 jan 2020, beliau mendapat teknik penulisan yang lebih jelas bagaimana untuk selesaikan deraf dengan lebih cepat, hubungan dengan Allah Ta’ala, ibu, isteri, penyelia, anak-anak dan suasana sekeliling semakin baik.

Hasilnya, beliau telah menyiapkan deraf pertama didalam tempoh 15 hari sahaja sehingga deraf ketiga selepas RIC 1!

Manakala selepas Roket Intensive Class 2 (RIC 2), beliau dapati evolusi tesis beliau semakin rancak. Apa yang lebih menarik, beliau dapat menghantar notis 3 bulan ‘Thesis submission’. Malah pada pandangan beliau, tesis kelihatan kecil sahaja berbanding kehidupan diluar sana yang sangat luas.

Perubahan paling ketara pada beliau apabila penyelia perasan akan perkembangan kehidupan beliau yang semakin baik, malah  menjadi branding  di mata penyelia. Otak sentiasa berfikir tentang tesis 24 jam, pengurusan masa semakin cantik, malahan emosi beliau semakin stabil.

Anda perasan tidak bahawa beliau sebenarnya berjaya GBBT (Graduate Before Before Time)? Subhanallah seronok bukan? Ha… kerana tarikh akhir pengajian beliau yang sepatutnya adalah pada 31 September 2020. Cuba tanya diri anda, bagaimana pula dengan aku?

Nasihat beliau kepada anda semua, segeralah tamatkan perjalanan PhD kerana kasihan pada keluarga dan ibubapa yang meletakkan pengharapan tinggi kepada anda. Nak habis cepat atau lambat adalah atas pilihan anda masing-masing. Jom dengar perkongsian IR Dr. Ahmad Zaidi yang ‘fresh from the oven!’.

Nak tonton video terjah sejurus selepas Viva, klik sini: https://www.facebook.com/watch/?v=762974314506304

Nak dengar Tips penting dan sangat mahal supaya examiner rasa seronok dan lebih yakin dengan anda sewaktu Viva. Klik disini :

https://www.facebook.com/watch/?v=646403142955856

Bak kata beliau; “Jikalau anda target ingin habiskan PhD selama 8 tahun, janganlah sertai Dr. Roket”. Fuh.. mendalam betul kan maksudnya. Tetapi jika anda mahu habis cepat, klik disini sekarang kerana orang yang berjaya adalah orang yang bertindak pantas: http://t.me/drroket  .

Nantikan Seminar Nak Ubah Tesis pada penghunjung tahun 2020, khas buat anda yang ingin mengubah corak pemikiran bahawa Tesis Itu Mudah !

Leave a Reply