BUAT MASTER TANPA SIJIL?

By December 7, 2016Tips Dr Roket

Close up of a graduation cap and a certificate with a ribbon --- Image by © Royalty-Free/Corbis

Ramai bertanya setelah saya postkan info tentang sambung belajar.
Tidak ku sangka ramai sebenarnya yang mahukan sijil Master.

Cuma kadang-kadang menulis sinis. “alah aku buat bisnes tak perlu kot benda Master atau menate Phd ni”..

Tak pe itu hak masing-masing.

Cuma nak habaq bagi. Ini jalan untuk mereka yang simpan nun jauh disudut hati teringin sangat bergelar master seterusnya bergelar “Dr” halal. Sekalipun tak nak keje kerajaan.

Sila baca dan fahamkan.

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

sumber KPT.

Bertindak sekarang tanya mentor anda…

Leave a Reply