fbpx Skip to main content
search
0

“Doktor Khairul Nizam, minta tolong doakan kelancaran full thesis saya yang kini berada di tangan main supervisor.”

19 May sebelum ini, telah menjadi impian Puan Nurul Ilham agar beliau dapat teruskan tesis beliau ke peringkat Viva pada bulan Ogos. Berkali- kali kertas tesis beliau diulang semak oleh penyelia sebelum ini.

Risau, takut, sedih, perasaan yang yang bermain-main dalam diri Puan Nurul Ilham jika harapanya itu hanya tinggal harapan, doa demi  doa dipanjatkan beliau kepada penyelia agar lembut hati menerima tesisnya .

-Semoga Prof. Ri Hanum membenarkan saya untuk pre-viva pada 19 Jun 2020

-Semoga saya layak meneruskan viva 7 Ogos 2020

-Semoga kertas Q1 saya diterima selepas 3 kali disemak

Doa-doa yang ini adalah kiriman Puan Nurul Ilham sendiri beberapa bulan sebelum ini, dengan hasrat agar mendapat restu daripada mentor pengurusan Ph.D beliau, Dr. Khairul Nizam yang telah banyak berjasa dalam perjalanan Ph.D beliau dalam bidang Fizik UITM Shah Alam.

Percaya pada kekuatan doa, tidak lupa komited dalam tindakan dengan nasihat Dr. Roket untuk menghindarkan perasaan- perasaan negatif beliau, beliau konsisten menambah baik penulisan tesis hingga 300 kali ganda baiknya.

Keesokkan harinya, tanpa disangka-sangka beliau menghantar mesej untuk menyampaikan berita baiknya, apabila kertas tesis beliau akhirnya diterima oleh supervisor. Masyaallah, sungguh mudah prosesnya!

Kurang dari tiga bulan doa- doa ini dipanjatkan oleh beliau bersama Dr. Roket, mula menampakkan sinar harapan beliau dan kemustajaban doanya untuk Graduate On Time seterusnya menyahkan segala kegusaran hati.

“Alhamdulillah Dr. Roket. Saya sudah menyerahkan notis 3 bulan pada hari ini 9 Julai. Alhamdulillah syukur sejuta kali ganda pada-Mu Ya Allah. Payah juga nak dapat kekuatan untuk siapkan semua ini.. lagi kita nak siap lagi banyak cabaran yang mari.”

Luahan Puan Ilham sepanjang dalam perjalanan Ph.D hingga akhirnya kini, Viva beliau hanyalah selangkah dari nyata. Mimpi dan hajat beliau selepas bergelar doktor akademik kini hampir menjadi kenyataan;

  • Dapat beli kereta yang lebih selesa untuk keluarga
  • Bagi duit kepada ibu setiap bulan
  • Memiliki lebih masa bersama keluarga
  • Dapat menerbitkan lebih banyak artikel berimpak tinggi
  • Menunaikan Haji bersama suami

Mengimbau bulan Disember tahun lalu, detik sebelum pertama kali bertemu Dr. Roket, Puan Ilham mungkin hanya mampu bermimpi dengan impian-impian ini. Kehidupan beliau mungkin tidak sebaik  seperti sekarang.  Hanya bergelar pelajar Posgrad, sayangnya beliau sendiri tidak nampak hala tuju bidang pengajian dan proses betul yang mesti diikuti.

  • Suka bertangguh
  • Tak tahu cara dan bagaimana nak atur masa
  • Tak faham baca jurnal dan mula rasa down

Ini semua mungkin sebelum Disember tahun sebelum ini. Menjangkau 28 Disember selepas mengikuti Nak Ubah Tesis, minda beliau semakin terbuka dan memahami bahawa Master Ph.D ini adalah mudah dan menyeronokkan sebenarnya. Dalam masa  sebulan, beliau telah berhasil menulis 210 muka surat.

Istiqamah!

Beliau mula memastikan untuk menulis helaian demi helaian tesis setiap hari, malah semakin agresif dalam penulisan tesis dan kerap menghubungi penyelia dan membuat perbincangan sepanjang proses penulisan.

Tidak berhenti setakat itu, beliau terus Trust The Process dengan menghadiri Reseacrh Intensive Class pada 24-26 Januari. Puan Ilham terus meningkatkan kemahiran penulisan tesis dan semakin jatuh cinta dengan tesis beliau.

Tidak ketinggalan, beliau terus menyertai Research Intensive Class 2, kali ini beliau merasakan tidak mustahil untuk beliau mencapai impian yang lebih tinggi selepas bergelar Dr. Ph.D kelak bersama draft yang semakin banyak disiapkan.

Life and Thesis Management.

“Saya rasa banyak benda yang patut  saya hargai selain tesis 24 jam”, akui Puan Ilham sejak komited dalam mengikuti tools Dr. Roket dalam masa satu tahun. Istiqamah bangun awal pagi untuk menunaikan solat Tahajjud, mengikuti Live Morning Doc dan solat fardhu berjemaah, ternyata  membuktikan Dr. Roket adalah mentor yang bukan sahaja memberikan result akademik, malahan meningkatkan rohani dan pemikiran yang positif buat bangsa Posgrad.

“T.Kasih Dr. Khairul Nizam dan tim platinum Dr. Roket yang tak jemu-jemu bagi nasihat dan kata-kata semangat, anda semua memang hebat!”

Sungguh ini adalah satu penghargaan istimewa buat Dr. Roket, ikhlas dari Platinum  Dr. Roket,  Puan Nurul Ilham Adam yang setia  hingga kini. Percayalah dengan memiliki mentor yang terbukti berkesan bersama result, perjalanan Master Ph.D anda pasti lebih bermakna. Anda masih berpeluang untuk memperbaharui  Platinum anda sehingga 15 Julai ini.

Buat rakan-rakan  seperjuangan Puan Nurul Ilham di luar sana, percayalah impian Doktor Ph.D anda hanya selangkah dari nyata, dalam seminar Nak Ubah Tesis pada hujung tahun ini, pendaftaran telah dibuka di www.drroket.com  ya!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x