Dulu Kecundang Dalam Proposal Defence, Kini Beliau Telah Menyiapkan Draf ke-18!

Awal Muharram yang tiba, menjadi detik peringatan buat kita untuk menanam azam baru dan berubah menjadi insan lebih baik. Inilah masanya kita bangkit dan keluar dari zon selesa yang menyebabkan kita terleka dan hanyut, menuju ke zon baharu yang lebih terjamin kemaslahatan buat kita.

Sesuai dengan peristiwa penghijrahan Nabi SAW dari kota Mekah ke Madinah, ini menjadi signifikasi buat kita sebagai umatnya untuk kekal bergerak dan bertindak menuju kejayaan. Berhijrah, inilah tindakan paling tepat khususnya bangsa posgrad!

Tanda Kita Berhijrah Adalah Dengan Membuat Tindakan.

Pengisian oleh Dr. Roket didalam Morning Doc istimewa awal Muharram baru- baru ini, meyatakan sangat istimewa mereka yang bukan sahaja mampu istiqamah dalam mendengar, melihat dan mencatat kebaikan, malah mereka mampu dan berani bertindak kerana itulah tanda kita sedang sedang berhijrah.

Inilah yang Dr. Roket kagumi pada seorang Platinum muda, Puan Fakhitah Ridzuan yang cekal berusaha. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, Puan Fakhitah membuktikan ini semenjak pernah gagal didalam Proposal Defence beliau dahulu.

Nothing Works for the First Time.

Walaupun tidak berhasil untuk Proposal Defence dengan jayanya pada kali pertama, Puan Fakhitah yakin itu bukanlah yang terakhir buatnya. Kekecewaan yang beliau alami ini, tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perjalanan PhD beliau dalam bidang pengajian Sains Komputer di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tidak mahu sejarah silam berulang, Puan Fakhitah mengambil iktibar dengan belajar daripada insan-insan Graduate On Time dan Graduate Before Time, kerana jejak- jejak orang belajar boleh dipelajari.

Pada 29 Jun 2019, Puan Fakhitah menyertai seminar GEMPUR, dan boleh dikatakan ini kali pertama beliau berguru dengan Guru Pengurusan Master PhD Malaysia, Dr. Roket.

Puan Fakhitah sangat beruntung kerana Dr. Roket sedia membantu dan menaikkan semula semangat beliau dengan menyediakan kelas dan proses untuk beliau mempelajari jejak mereka yang berjaya.

Jika sebelum ini beliau tersangkut didalam penulisan tesis dan tiada idea untuk memulakan penulisan dari mana, akhirnya GEMPUR berhasil membuka ‘mental block’ beliau.

Pengisian rohani beliau juga semakin baik, beliau istiqamah bangun seawal pagi bagi bertahajjud dan memulakan penulisan tesis. Beliau juga tidak lupa untuk meminta kepada yang Esa sekiranya menghadapi cabaran semasa menulis, dengan membaca Al-Quran dan solat sebelum mula menulis tesis.

Tesis beliau semakin menampakkan hala tuju yang lebih jelas dan bilangan muka surat bertambah hari demi hari, sehingga beliau berjaya menyiapkan draft yang ke-7 selepas menyertai GEMPUR kali ke-4.

Beliau juga juga berjaya membina hubungan baik bersama penyelia dengan berjumpa seminggu sekali, dan kembali fokus untuk mencuba Proposal Defence sekali lagi.

Beliau menghadiri Roket Intensive Class (RIC1) pada 27- 29 Julai bagi mengekalkan momentum perjalanan Master PhD bersama Circle Group Positive Dr.Roket. Syukur!

Hasil beliau meluangkan masa bersama tesis biarpun tiada idea menulis, tesis beliau mula bergerak dan berjaya menulis 190 muka surat dalam masa 9 hari semasa menghadiri RIC.

Perkembangan beliau yang paling membanggakan semenjak berguru bersama Dr. Roket, iaitu apabila beliau lulus dalam Proposal Defence buat kali kedua!

Academic Writing Adalah Sesuatu Yang Anda Bina Dari Semasa ke Semasa.

“Walaupun saya ada pelbagai cabaran yang buat saya tersangkut untuk menaip tesis, ia tidak menghalang saya untuk fokus dalam tesis dan menambah muka surat. Saya masih boleh menulis menggunakan pensil dan apa yang saya ada. Saya tidak boleh duduk depan laptop kerana komitmen anak kecil, tetapi tidak bermakna saya tidak boleh menulis”.

Puan Fakhitah berkongsi teknik penulisan beliau bagi mempraktikkan kata-kata Dr. Roket ini. Sepanjang mengikuti proses Dr. Roket, beliau mengakui telah berjaya fokus dalam penulisan dan mencapai target helaian tesis tiap hari. Tools Dr. Roket juga membantu beliau melihat dengan lebih jelas perancangan harian kajian tesis dan juga pengurusan kehidupan beliau.

Didalam sesi Live didalam FB Group Platinum, beliau juga berkongsi tips berjaya menulis hingga 5 ribu patah perkataan setiap hari dan bagaimana meningkatkan motivasi diri melalui pembacaan perkongsian dan kejayaan circle group Dr. Roket.

Bermentorkan Dr. Roket, pengurusan masa Puan Fakhitah menjadi lebih teratur. Beliau berjaya menyeimbangkan dunia akademik, kehidupan dan keluarga dengan lebih baik. Hubungan bersama Allah Ta’ala semakin baik, beliau konsisten bertadarus Al-Quran dan bersedekah Subuh pada setiap hari bagi menambahkan keberkatan didalam perjuangan PhD ini.

Jika sebelum ini beliau pernah kecundang, namun kini beliau lebih yakin dengan tajuk tesis dan berhasil menyiapkan draft yang ke 17 dan 18 sebanyak 357 muka surat didalam tempoh sebulan, sungguh pantas!

Puan Fakhitah yang menyasarkan untuk menghantar Notis pada bulan Ogos tahun ini, memiliki impian-impian besar untuk beliau gapai selepas bergelar Dr. akademik kelak.

Antaranya beliau bercita-cita membina empayar bisnes untuk keluarga, membawa keluarga menunaikan umrah dan menghasilkan lima buah buku penulisan sendiri.

Dengan menjadi pelajar Dr. Roket, beliau bukan sahaja berpeluang mencapai cita- cita sendiri, bahkan berpeluang juga membantu bangsa Posgrad yang lain.

Lebih banyak anda membantu insan lain, semakin bertambah helaian penulisan tesis anda. Mahu berpeluang membantu diri anda sendiri? Dan juga rakan seperjuangan anda seperti Puan Fakhitah? Dr. Roket adalah medium terbaik buat anda, klik disini: https://bit.ly/NAKJOIN_DRROKET

Leave a Reply