fbpx Skip to main content
search
0

Puan Shuhaida Hanim Mohammad Suhane, pensyarah Bahasa Arab di UNISZA ini telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 14 tahun. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini meskipun aktif dalam organisasi dan aktiviti kemasyarakatan, tetap bersemangat menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD.

Beliau pernah melalui liku-liku kegelapan tesis sehingga beliau hanya nampak kegelapan ketika itu. Jadi bagi menenangkan diri, beliau menyibukkan diri di dalam kegiatan sosial dan kemasyarakatan bagi memberi contoh terbaik kepada anak didiknya.

Dalam kesibukan tugas sebagai pensyarah, beliau masih mahu memperbaiki perjalanan pengajiannya. Oleh itu, beliau yang dari Terengganu sanggup menghadiri seminar Nak Ubah Tesis di Bangi. Pada awalnya beliau agak skeptikal dengan program Dr Roket ketika itu, namun tetap bersangka baik dan mengikutinya.

Beliau mendengar setiap sesi dengan penuh perhatian sehingga malam dan beliau mula belajar ilmu-ilmu baharu sepanjang seminar berlangsung. Bacaan Hisnul Muslim membuatkan beliau kekal bertenaga ketika itu, biarpun berada dalam kepenatan dan keletihan.

Beliau yang hadir keseorangan ketika itu, terpaksa meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu bersama Dr Roket. Hilang kesunyian beliau ketika itu tatkala bersama kumpulan Platinum Dr. Roket, yang saling menceriakan dan menguatkan diri masing-masing dalam satu ukhuwah, biarpun dalam keletihan.

Penyelia beliau turut menyokong penglibatan beliau bersama Dr Roket dan merasakan perlunya program seperti ini buat bangsa Posgrad. Pada pandangan beliau, perlunya ada mentor yang membantu pelajar Master PhD dalam pengurusan pengajian seterusnya memudahkan urusan SV.

Jika sebelum ini keadaan tesis beliau yang terhenti selama dua tahun, kini beliau seakan-akan tidak percaya berjaya menyiapkan draf ke-21 hingga kini. Beliau percaya berkat tindakan yang beliau lakukan, Allah bukakan lebih banyak pintu kefahaman dan jalan kecemerlangan.

Ketahui lebih banyak perkembangan terbaru Puan Shuhaida Hanim di sini >>https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/418663799432559

Baca artikel berkaitan: Solat Hajat Guide Tesis, Dijemput Jadi Platinum

 

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x