Insan Berilmu; Buka Hati dan Fikiran Anda Agar Anda Nikmati Hikmah!

Seseungguhnya telah aku ciptakan manusia dengan sebaik- baik kejadian. (At- Tin: 4)

Ketahuilah bahawa kita semua adalah makhluk terbaik ciptaan Allah Ta’ala, sehingga bertanggungjawab menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini. Keistimewaan penciptaan manusia yang begitu lengkap kerana mengandungi lima komponen penting; iaitu akal, ruh, jasad, hati dan nafsu begitu saling melengkapi antara satu sama lain.

Bayangkan jika lompong kehidupan kita tanpa salah satu komponen ini, pasti kita tidak berupaya menikmati kehidupan seperti hari ini.

Akal, anugerah terpenting buat manusia yang mengangkat darjat kita semua sehingga bergelar khalifah di muka bumi. Banyak ayat Al-Quran yang menyarankan kita semua untuk bertafakkur, bermuhasabah dan merenung kejadian diri, alam sekeliling dan kejadian tiap sesuatu agar kita mendapatkan hikmah-Nya. Allah Ta’ala berfirman:

Dan Dia telah menundukan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripadanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. (Al-Jathiyah: 13)

Ikut Hati Mati, Ikut Nafsu Lesu

Perumpamaan Bahasa Melayu ini cukup menjelaskan kepentingan akal untuk kelangsungan hidup kita semua. Bayangkan mereka yang hanya mengikut hati dan perasaan dalam setiap tindakan, pastinya kelihatan lemah, sensitif dan dilihat tidak mampu menghadapi cabaran hidup.

Begitu juga mereka yang menyalah gunakan hawa nafsu semasa membuat sebarang keputusan, pastinya bakal membinasakan hidup mereka. Sedia maklum, sebagai manusia kita memiliki pelbagai nafsu untuk menjamin kemaslahan hidup dan yang terbaik adalah Nafsu Muthmainnah, yang tenang dan terkawal. Seperti firman Allah Ta’ala: Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan diredhai, ( Al- Fajr: 27-28).

Sekiranya hati dan nafsu bermaharajalela tanpa menggunakan akal, maka akan terjadilah pepatah Melayu seperti yang diatas. Akal menjadi medium terpenting membimbing kita semua mengoptimakan kurniaan-Nya sebaik mungkin dan membuat tindakan yang rasional.

Namun dengan syarat, akal perlulah mendapat curahan ilmu dan Pendidikan sewajarnya melalui pemerhatian, pendengaran, pembacaan dan pengalaman perkara- perkara baik. Hasilnya, akan terhasillah tindakan- tindakan betul (TTB) yang menjadi rutin harian mereka yang istiqomah, kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Begitu juga hati manusia perlukan curahan keimanan dan ketakwaan yang bermula dengan keyakinan yang tinggi terhadap kekuasaan Allah Ta’ala. Hati yang dipenuhi keimanan sahaja mampu menhindari manusia daripada godaan- godaan keji yang akhirnya menghasilkan noda-noda dosa.

Akal yang berfungsi untuk membezakan antara perkara hak dan batil, antara dosa dan pahala, antara cahaya dan kegelapan, dan antara jalan syurga dan neraka. Disisni kita dapat lihat, sungguh tiada tolok bandingnya kepentingan akal yang menyeru manusia untuk terus berfikir bagi menerangi kegelapan hidup dan berjaya di dunia dan akhirat.

Semakin tinggi tahap pemikiran, semakin aktif fungsi otak seseorang itu yang mempengaruhi hasil tindakan .Kita sedia maklum, berfikir juga termasuk dalam ibadah sekiranya ini menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Ta’ala.

Oleh sebab itu, wahyu pertama yang diturunkan Allah Ta’ala adalah “Bacalah” didalam surah Al-‘Alaq, yang merujuk kepada pentingnya ilmu pengetahuan dan pemikiran kepada manusia. Inilah yang mengeluarkan kita semua daripada zaman kejahilan kepada ketamadunan insan yang tinggi darjat dan taraf kedudukan di sisi Allah Ta’ala.

Melalui ilmu pengetahuan dan corak pemikiran yang betul, akan mengekalkan tahap tenaga kita untuk menggapai impian demi impian. Tindakan tanpa ilmu adalah sia-sia dan kita berisiko mengulangi kesilapan lalu kerana kejahilan kita.

Dr. Roket berpengalaman lebih 10 tahun melihat ramai yang tersangkut didalam dunia pengajian mereka, kerana kurangnya kearifan mereka didalam ilmu pengurusan kehidupan mengikut Sunnatullah.

Live FB Morning Doc, sebenarnya membuka hati dan akal anda, melalui perkongsian variasi ilmu dan motivasi secara langsung bersama Dr. Roket. Hubungi Tuan Amierul Aqmal: 019-4588003 untuk anda berpeluang menjadi sebahagian daripada circle group Dr. Roket, melalui seminar Nak Ubah Tesis pada bulan Disember ini. Jangan lepaskan peluang ya!

Leave a Reply