Jom Ubah N.A.S.I.B Hidup Anda Bersama Dr. Roket!

“Nasib Oh Nasib… Dah nasib, nak buat macam mana… Macam inilah nasib aku…”

Momongan seperti ini sering kali meniti di bibir-bibir masyarakat kita, tidak kiralah muda, tua, pelajar atau apa sahaja status kita semua. Seperti sudah terbiasa dengan dialog ini, secara tidak langsung kita menganggap apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita ini, semuanya bergantung pada NASIB & TAKDIR.

Nak terus berfikiran sebegini? Sebentar, baca dulu sehingga habis..

Kebanyakkan insan-insan yang berada di bawah, terus menerus berasa lost, down,give up, adalah kerana mereka hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Orang- orang seperti ini merasakan hanya tuhan Yang Maha Agung berkuasa menentukan segala- galanya, termasuk takdir hidup mereka sendiri.

Betulkah sebegitu? Sampai bila kita hanya mahu berserah? Sampai bila kita mahu terus berada di takuk lama?

Jika kita lihat dari perspektif agama Islam yang syumul, nasib atau takdir boleh dibahagikan kepada dua makna iaitu Qadha’ & Qadar. Qadha’ adalah sesuatu yang telah ditetapkan sejak azali dan tidak mungkin berubah sehinggalah kiamat nanti. Ibu bapa kita, rupa wajah kita, tarikh lahir kematian adalah ketentuan Allah Ta’ala, yang tidak mungkin dan mustahil untuk kita ubah sampai bila-bila.

Qadar pula adalah perkara yang kita boleh tentukan jumlah dan tempohnya. Terbahagi kepada dua iaitu Qadar Mutlak, yang kita tak mampu tetapkan  seperti air minuman & jantina anak, manakala Qadar Ikhtiar adalah pilihan kita dan bermula dari perbuatan dan tindakan rasional kita sendiri seperti jodoh dan tempat belajar yang kita pilih.

Jadi, setiap peristiwa dan keadaan yang berlaku kepada kita tidak kira yang telah berlaku, sedang terjadi mahupun yang akan berlaku pada masa depan, kitalah yang bertanggungjawab menentukan sama ada ianya takdir Mutlak atau Ikhtiar.

Pentingnya keimanan kita kepada Allah Ta’ala bermulanya di sini, agar kita semua tidak tersalah haluan mahupun tersesat dengan hanya mengikut adat dan norma masyarakat yang kita sendiri tidak tahu kesahihan. Bukankah Allah Ta’ala pernah berfirman:

“Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Keadaan Suatu Kaum, Sebelum Kaum Itu Sendiri Mengubah Apa Yang Ada Pada Diri Mereka”  (Ar-Ra’du: 11).

Percayakah, kegembiraan , kesedihan, kejayaan atau kegagalan, sebenarnya adalah pilihan kita sendiri? Kita boleh buat pilihan yang bijak hanya melalui Ilmu, pemerhatian dan berfikir! Semakin kita faham, semakin kita tahu dan semakin kita mempelajari ilmu, kita akan merasakan, sesungguhnya Allah Maha Agung!

Untuk mendapatkan ilmuilmuNya yang Maha Luas, sudah tentu perlukan proses, adab, usaha dan tindakan berlandaskan Sunnah Rasul SAW dan Syariat Allah Ta’ala. Insyaallah, anda tidak akan rugi kerana Allah sendiri menjanjikan darjat yang tinggi kepada penuntut ilmu:

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al-Mujadilah : 11)

Masyaallah Dr. Roket, rasa seperti baca tazkirah Ustaz- Ustazah…

Ada sebabnya ya..Dalam modul pengisian Dr. Roket, 10 peratus kami mementingkan peningkatan keimanan dan mendekatkan diri anda kepada Allah Ta’ala. Ini kerana, didalam sebuah kajian di Universiti of Callifornia, semakin kuat rasa ketuhanan dalam diri kita, semakin besar dan berkesan tindakan yang kita akan lakukan. Bagaimana tu?

Di dalam otak kita, ada God Spot yang menjadi aktif secara automatik apabila kita makin mendekati Allah Ta’ala. Didalam buku Handbook of Religion & Health juga tertulis, mereka yang rajin beribadah, berzikir, mengaji selalunya mempunyai umur yang panjang iaitu 7-14 tahun lebih lama dari orang biasa! Dengan syarat, kita perlulah konsisten dan latih diri untuk istiqamah melakukan amalan-amalan keagamaan.

God Spot Active= Thesis Grow

Insyaallah dengan pengisian kerohanian  dan formula istimewa bersama Dr. Roket, bukan sahaja God Spot minda anda menjadi aktif, malah penulisan tesis anda juga akan mendapat progress yang positif! The Law of Thesis Done, anda kini boleh pilih untuk Graduate On Time atau Graduate Before Time.

Ayuh bangsa Posgrad semua!

Anda sepatutnya berasa bangga, kerana anda adalah antara orang-orang yang terpilih untuk menempuh perjalanan Master PhD dan tinggi darjatnya di mata Allah Ta’ala. Proses demi proses yang anda lalui sebagai pelajar Master PhD, sebenarnya adalah tindakan yang tepat terutama bersama lingkungan Dr. Roket!

Anda bakal menjadi intan permata dan pemimpin kepada agama,  masyarakat, negara dan bangsa di masa hadapan, kerana kemajuan kita semua bergantung kepada kemajuan cara berfikir dan bertindak, sudah semestinya melalui generasi yang berilmu seperti anda!

Betulkanlah niat kita semua kerana Allah Ta’ala semasa menuntut ilmu, Insyaallah semuanya akan menjadi mudah dan ‘takdir’ hidup anda bakal menjadi lebih cerah. Don’t Believe In Luck, Believe In Action!

Bak kata-kata Dr. Roket, “N.A.S.I.B; Nak Allah Sayang Ingatlah Betindak!” Itulah makna NASIB yang sebenarnya yang perlu kita semua fahami dan hadamkan.

Leave a Reply