Lebih 100 Platinum Berjaya Komited Dalam Rocket Intensive Class 2

GOMBAK, 8 SEPTEMBER 2020: Program Rocket Intensive Class 2 (RIC 2) yang berlangsung selama 3 hari berturut- turut bermula 4 September hingga 6 September didalam platform FB Group Roket Platinum (thesis growth & doctorate mentorship program), berjaya mengumpulkan lebih 100 Platinum Dr. Roket yang komited mengikuti proses Dr. Roket.

Program RIC 2 ini dikendalikan sepenuhnya oleh tim 2M World yang berdedikasi di belakang tadbir iaitu timbalan pengarah 2M World; Puan Mardiana Mat Ishak, pengarah program; Tuan Amierul Aqmal, pengetua Platinum; Tuan Meor Azlan, akauntan; Tuan Asrul Hadi, digital marketer; Cik Shafiqah, content writer; Tuan Najwan dan Cik Bunga Liana, customer service; Cik Ain Awanis dan videographer; Tuan Firdaus Adnan dan Tuan Ajmal Harun.

Para Platinum berpeluang mengikuti rapat teknik pengurusan kehidupan dan pengajian Master PhD secara lebih terperinci. Antaranya pendedahan sebenar mengenai tujuan terbesar membuat PhD, kaedah menyelesaikan masalah melalui formula ‘Besarkan Kehidupan dan Kecilkan Tesis’, cara melajukan perjalanan Master PhD dan kuasa visualasi agar cita-cita menjadi kenyataan.

Sepanjang 3 hari RIC 2 ini, peserta dipertontonkan dengan 5 buah video bagi menyemarakkan lagi semangat juang mereka di dalam medan menuntut ilmu. Antaranya video bertemakan restu ibubapa, menggapai mimpi dan keyakinan diri. Pada sesi terakhir RIC 2, Dr. Roket mengadakan sesi latihan istimewa bersama hampir 40 orang Platinum yang belum menyiapkan deraf pertama mereka.

“Saya menghadapi cabaran kurang berdisiplin dalam pengurusan masa, tidak konsisten dalam tindakan, namun alhamdulillah ada Platinum yang boleh membantu menyelesaikan masalah saya”, perkongsian oleh Puan Saadiah, pelajar PhD yang mengambil bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Para peserta juga berpeluang berkongsi kegembiraan dan pencapaian masing-masing bersama circle group positive Dr. Roket melalui tugasan ‘21 Perkara Yang Paling Disyukuri’, yang perlu dihantar semasa program berlangsung di dalam FB Group Roket Platinum.

“Terima kasih Dr. Mohd Khairul Nizam dan Dr. Mardiana untuk semua ilmu-ilmu yang diberi. Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi menjadi platinum Dr. Roket, dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang luar biasa positif dan hebat”, ucapan Puan Nur Hidayah Ahmad, dari Universiti Sains Malaysia semasa hari terakhir RIC 2.

Beliau turut berkongsi AHA input antaranya bina kemahiran fokus dengan RAS (Reticular Activating System) dan rutin harian yang sihat.

Walaupun jadual hujung minggu peserta penuh dengan program RIC 2 selama 3 hari berturut- turut, namun ini tidak menghalang mereka untuk terus menggerakkan tesis.

“Bersyukur sangat menjadi salah seorang geng Platinum yang dipantau rapat oleh Dr. Roket, Dr. Mardiana dan ahli pasukan Dr. Roket, Alhamdulillah. Semoga kita semua berjaya habiskan Master PhD secepat yang mungkin”, ujar Puan Nor Hayati Jasmin yang berjaya menyiapkan deraf ke-13 dalam masa 2 hari sahaja semasa menyertai RIC 2.

“Alhamdulillah hasilnya, walaupun dalam kesibukan mengikuti RIC 2, saya juga berkesempatan menyelit untuk mengadakan perbincangan didalam talian bersama penyelia”, ujar Puan Norhanani, yang turut mendapat pujian daripada penyelia kerana berpuas hati terhadap perkembangan tesis beliau yang hampir selesai.

Para Platinum juga berpeluang untuk turut serta di dalam seminar Rocket Inner Circle Meeting (RICM) & Professorship yang akan berlangsung pada 18 dan 19 September ini. Seminar RICM kali ini istimewa kerana bertempat di Hotel Colmar Tropica, Bukit Tinggi dan setiap pendaftaran akan diberikan baju ekslusif Dr. Roket rekaan terkini.

Daftar sekarang seminar RICM dengan menghubungi Tuan Amierul Aqmal: 019-458 8003.

Leave a Reply