Miliki 7 Ph.D Tidak Mustahil Jika…

By April 30, 2019News, Ph.D

Miliki 7 PhD Tidak Mustahil Jika…
.
Mendakwa diri memiliki lebih dari satu Ph.D tidak pelik dan ia bukan salah satu keajaiban Dunia pun. Ia bukan sesuatu yang mustahil dicapai zaman ini. Yang pelik anda tidak habis-habis Ph.D atau tak miliki Ph.D HALAL.
.
Ini kerana Ph.D telah dimiliki oleh ramai orang. Banyak cara dan kaedah telah ada untuk capai Ph.D secara lebih mudah. Bahkan ia telah menjadi agenda Negara. Lihat saja jumlah biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai agensi dan setiap IPTA membuat promosi besar-besaran untuk menarik anda menyambung pengajian dengan pelbagai tawaran menarik. Cuma tak pasti stand Pak Menteri baru dalam hal ini.
.
Anda tidak akan berani mendakwa diri memiliki lebih dari satu Ph.D jika anda tahu impak dari dakwaan tersebut! Sekurang-kurangnya 7 IMPAK DAKWAAN MILIKI 7 Ph.D yang akan saya story kat bawah. Kecuali anda tidak pernah tahu apa itu “process” menyelesaikan Ph.D atau anda memang beli sijil. Lihat saja cara kerajaan untuk pastikan semua pemegang biasiswa tidak terjebak dengan “scammer” sijil akademik palsu. Mereka disyaratkan mendaftar di Universiti 200 terbaik dunia sahaja. Apa sebabnya?

.

Jawapannya memang terlalu banyak fake University yang berselindung disebalik website dan gelaran “Professor” lantik sendiri atau hang lantik aku. Pengalaman penulis sebagai Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan cukup membuatkan penulis tahu dimana nak beli sijil-sijil ni. Sebut saja Universiti apa dan berapa maharnya. Cukup dengan bantuan Prof Google segalanya boleh disemak. Finally jumpa bangunan entah ape entah atau hentian bas.

.

Penulis yang dah 10 tahun diIPTA pun belum bergelar Prof .Madya apalagi Professor?! Semua tu bukan senang der! Even dah layak pun still tak rasa nak mohon bro. Gembira sebagai Senior Lecturer.
.
Saya terpanggil untuk menulis kerana terlalu banyak mesej yang masuk bertanya “Bolehkah Dr Roket jelaskan kemungkinan memilki 7 Ph.D dalam masa yang singkat…? Katenye Dr Roket boleh bantu orang “siapkan Ph.D” dalam tempoh 1 bulan..? ( Miss X )
.
Jawapan saya pasti “YA” jika anda tahu strategi. Bukankan 7, 10 pun boleh!. Tetapi realitinya adalah semua yang pernah bergelar calon Ph.D tidak mahu untuk bergelar pelajar Ph.D dua kali kerana tahu “Sukarnya” memiliki Ph.D. Walau hari ini mereka telah bergelar Profesor!!! Apalagi 7 kali..!
.
Bagi yang mengulangi Ph.D 7 kali anda memang luarbiasa. Ini berkemungkinan anda memang SUPER GENIUS atau tiada kerja lain kecuali menulis tesis. ( Tak sabar nak tengok foto 7 tesis anda dan tahu siapa SV anda. Bonus gambar anda sedang VIVA). Jika ada nama pemeriksa tesis itu BONUS der! Majlis konvo belum tentu betul sebab itu event yang boleh direkayarsa. Dia macam buat majlis kenduri jer berskala besar dan formal. Bariskan pelakon utama sampai kepada makcik cleaner, tetapkan masa dan ambil gambar. DONE claim.

.

Kepantasan semua perkara dizaman milenia ini membuatkan banyak perkara menjadi sangat mudah dan cepat. Tempat yang jauh dahulu memakan masa bertahun untuk sampai kini dapat kita sampai dalam tempoh satu hari contohnya KL –US. Penulis masih ingat dari Ipoh – KL dahulu memakan masa yang lama, siap mak kena masak nasi dan singgah makan tepi jalan. Keluar subuh sampai KL malam. Hari ini penulis keluar jam 8 pagi dari KL – Ipoh, jam 4 petang kembali semula ke KL sampai rumah sebelum maghrib. Lihat teknologi dan keadaan berubah.

Dahulu artikel dan buku dibaca satu persatu untuk dapatkan poin dan GAP berkaitan kajian. Kini ia dibaca oleh oleh teknologi untuk mudahkan pencarian berkaitan kajian. Mudahnya dapat GAP untuk cover body of knowledge akhirnya menghasilkan “novelty”. Dahulu calon Ph.D menaip menggunakan mesin taip, kini mereka menaip sangat pantas bahkan sebahagian mereka tidak lagi menaip sebaliknya mengguna teknologi yang akhirnya menghasilkan tulisan. ( Dibaca Tidak menggunakan khidmat “Ghost Writer” nak masuk neraka ker??)

Jika anda dakwa ada 7 Ph.D ini impaknya:

1)  Anda perlukan 21 tahun

Anda perlukan 21 tahun untuk selesaikan kesemua Ph.D. Itu pun jika anda G.O.T. Jika G.B.T masa kurang la sikit 2 3 bulan. Tapi jika anda G.A.T mungkin sampai 30 tahun atau lebih. Cara kiranya setiap satu Ph.D minimum 3 tahun. Kali ler sendiri. Kata 10 Ph.D. Mode ini jika anda daftar satu Ph.D secara berturut-turut. Jika daftar semua Ph.D serentak tahun yang sama di tujuh Universiti berlainan anda tentu dewa dari langit ke 7! Sebab saya tengah bayangkan bagaimana anda pecahkan badan kepada 7 saat hari pendaftaran. Kena baca Raja Rimba atau Pedang Setiawan balik ni.

 

2) Lantik R.A ramai-ramai.

Bayangkan untuk satu Ph.D perlukan 2-3 orang R.A just untuk bantu cari bahan dll. Bukan tolong buatkan. Untuk 7 Ph.D itu dah tentu jadi sebuah kilang menulis Ph.D. Mode ini tidak terpakai untuk yang buat satu Ph.D kita buat sendiri.

 

3) Jadual pertemuan dengan SV amat luarbiasa.

Bagaimana cara anda dapat jumpa SV dalam masa yang ditentukan? Bagi mereka yang memiliki satu Ph.D pasti saat paling ngeri adalah bertemu SV. Pertemuan dengan SV adalah mimpi ngeri bagi setiap calon yang memiliki 1 Ph.D. Bagaimana pulak anda yang 7? Pasti anda adalah janakuasa energy yang luarbiasa. Atau anda adalah calon kesayangan ke tujuh tujuh SV. Itu jika satu SV. Bayangkan jika setiap satu Ph.D ada Co.SV dua atau tiga. Senget tulang rusuk ni der..!

 

4) Anda langsung tiada masalah masa QT atau PD.

Maksudnya kesemua proposal anda clean and clear. Bentang ketujuh – tujuh proposal, ketujuh-tujuh PERFECT tanpa satu pun correction. Bukan satu tapi tujuh!!! Ye lah andakan janakuasa Dewa langit ketujuh.

 

5) Waktu anda menulis 1 tesis akan jadi 7 kali ganda.

Purata calon Ph.D yang saya latih boleh selesaikan writing 1st draf mereka dalam tempoh 6 bulan ini yang komitmen biasa-biasa. Jika yang 300 kali ganda komitmen paling cepat kurang 2 bulan. Itupun mereka menulis wajib 3-4 jam satu hari. Jika 7 Ph.D anda kiralah sendiri der. Kata 10 Ph.D.

 

6) Anda hadir viva 7 kali.

Wah ini sesuatu yang amat-amat terserlahnya kedewaan. Apa tidaknya hampir kesemua calon Ph.D yang penulis temui usai ViVa berkata “cukuplah satu kali..this is a severe nightmare..teruk saya dikerjakan oleh examiners, keluar bilik viva rasa seperti bodoh ya amat” Perasaan ini hanya untuk mereka yang pernah merasai VIVA.

 

7) Kos yuran akan jadi 7 kali ganda.

Lagi ternama dan tinggi rangking maka makin mahallah yuran kebijaksanaanya. Tapi yuran bukan isu buat anda.
.

.
Jika mesej ini sampai kepada insan yang ada 7 Ph.D saya nak tawarkan yuran 5 kelas saya serendah RM 1. Saya nak bantu saudara process miliki Ph.D secara halal dan selamat di akhirat insyaAllah.

.

Mantan Timbalan Dekan Akademik dan Penyelikan
Guru Master Ph.D Strategi No.1 Malaysia @ DrRoket
www.drroket.com

Leave a Reply