Minat Belajar Membuatkan Guru Agama Ini Menyambung Pengajian Hingga PhD!

Puan Tumisah binti Akim, seorang guru agama yang telah lama terlibat dalam bidang pengajaran. Semenjak kecil beliau telah mula memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Beliau pernah  berada didalam dilema tatkala harus memilih antara perkahwinan ataupun pengajian.

Mujur beliau dikurniakan seorang suami yang sanggup menyokong dan membiayai minat beliau dalam pengajian. Sebelum berjumpa Dr. Roket beliau akui ada masalah dalam pengurusan masa, dan tidak tahu bagaimana membahagikan tanggungjawab sebagai ibu, guru, anak dan pelajar dan terasa sangat penat.

Ketika hadir pertama kali ke seminar Dr. Roket, beliau bersemangat hadir bersama suami dan anak-anak menemani beliau. Biarpun suaminya seorang PhD holder yang Graduate On Time, namun tidak mampu untuk membimbing Puan Tumisah dalam PhD.

Beliau diuji pula dengan sahabat baik yang seakan-akan menjauhkan diri daripada beliau ketika menyambung pengajian. Malah Allah Ta’ala juga memberikan beliau ujian kesihatan, hingga fizikal terlantar untuk kegiatan harian.

Berkat jiwa beliau yang semangat menuntut ilmu yang kental, beliau tetap ikuti seminar NUT Dr. Roket biarpun berhadapan cabaran kesihatan. Syukur selepas itu beliau mula mengamalkan rutin harian yang sihat dan kini telah berjaya siapkan deraf tesis yang keempat.

Hasil kombinasi minat belajar, circle group yang tepat dan mentor yang ada result, beliau mula berhasil mendapatkan result-result yang diingini.

Ingin tahu apa lagi result yang berjaya Puan Tumisah capai selepas itu? Klik disini untuk mendengarnya >> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/411882176751615

Leave a Reply