Muhasabah Perjalanan PhD Bersama Dr. Roket, Zetty Yusmira Tunaikan Impian Ibu

Tidak membiarkan perjalanan PhD berakhir dengan hanya impian yang disia-siakan!

“Sejak peringkat sekolah menengah, saya belajar bersungguh-sungguh untuk buat ibu saya bangga, saya belajar sehingga peringkat Master. Tetapi belum sempat habis PhD, ibu sudah pergi, jadi saya belajar untuk apa sekarang?”.

Luahan Puan Zeti Yusmira Jaludin, mengakui dahulunya beliau pernah berasa lemas dalam kedukaan dan kerinduan atas kehilangan seorang ibu selepas 32 tahun menjadi suri hatinya. Senyuman, kucupan dahi dan sentuhan tangan seorang ibu, kini hanya tinggal kerinduan yang tidak tergambar lagi olehnya.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Telah kehilangan ibu yang begitu disanjunginya, Allah Maha Penyayang dengan menggantikan dan menghadirkan insan-insan yang mulia dan ikhlas bersama-sama beliau meneruskan perjuangan PhD dan kehidupan ini. Beliau berasa sungguh terharu dengan pertemuan dan perjuangan bersama Dr. Roket, dengan niat menimba ilmu sebaik-baiknya dibawah keredhaan Allah. Baginya, perjalanan Phd kali ini adalah detik indah yang  tidak akan dilupakan.

“Sejak ikuti dan berjalan atas proses pengurusan tesis ini, saya belajar untuk melakukan tindakan betul. Saya tahu imbangi antara cabaran kehidupan dan akademik. Malah dengan mempraktikkan tools Dr. Roket, membuatkan berlakunya progress pada kerjakerja yang dirancang”.

28 Disember 2019 selepas dipujuk oleh suaminya sendiri, minda Puan Zeti mula terbuka bahawa masih ada peluang untuknya menyelamatkan PhD Pendidikan Islam beliau di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Brunei Darussalam, dengan menyertai seminar Nak Ubah Tesis.

“Each lesson, modul, formula-formula dan kisah-kisah inspirasi platinum yang telah berjaya,  membuka minda-minda saya sebenar- benarnya, bahawa tesis ni adalah sesuatu yang mudah sahaja”.

Puan Zeti mula memasang tekad untuk mencapai result setanding platinum yang beliau jumpa semasa NUT. Mula membina semula keyakinan diri yang runtuh perlahan-lahan, beliau mula berdikit-dikit menulis tesis sebanyak 2 muka surat sehari, sehingga berjaya menyiapkan 124 halaman berbanding hanya 18 halaman sebelum ini. Tidak sekadar

berpuas hati dengan progress setakat itu, beliau terus menyertai Research Intensive Class 1 dan 2 untuk memastikan momentum yang berterusan terhadap tesisnya.

RIC 1 telah membuka pintu peluang buat dirinya menjadi Platinum Dr. Roket. Bagaikan magik, beliau bersyukur dengan kesempatan ini dan menjalani proses yang betul Dr. Roket sebaiknya dengan menyiapkan draft pertama tesis beliau hanya 9 hari selepas RIC 1.

Beliau berjaya melepasi target asal iaitu selama 3 bulan! Jika selama ini beliau tidak berani menghubungi penyelia kerana berasa takut dan tiada perkembangan positif, kini beliau mula berani menghantar mesej pada setiap pagi dan merasakan sendiri keberkatan terhadap tindakan yang tepat.

Progress bersama circle yang positif.

Yang menyeronokkan beliau sepanjang perjalanan PhD bersama Dr.Roket, beliau dapat merasai sendiri persekitaran dan lingkungan yang lebih baik dari sebelum ini. Bukan tesis beliau sahaja yang ada perkembangan, malah beliau berjaya membantu rakanrakan seperjuangan PhD mencapai target penulisan hari demi hari. Persekitaran dan circle yang sanggup saling bantu membantu, sudah pasti menambahkan semangat bangsa Posgrad sepertinya untuk Graduate On Time bersama-sama.

28, 29 & 1 March, beliau menyertai RIC 2. Result demi result berlaku terhadap tesis beliau, terus meroket dengan tingginya hasil Trust The Process. Dalam masa kurang dua bulan, beliau berjaya menyiapkan draft tesis yang keenam seterusnya telah menghantar final draft,

Masyaallah! Kepercayaan dan sikap optimis penyelia beliau terhadap proses berkesan Dr. Roket yang sedang dilalui, membuatkan beliau positif untuk konvo tahun ini dan baginya, ini adalah doa dan pengharapan tinggi buat dirinya untuk bergelar Dr. PhD tidak lama lagi. Berita gembira buat kami, beliau sendiri telah submit notis 3 bulan pada 28 April, hanya 4 bulan selepas bergelar Platinum Dr. Roket, tahniah!

Besarkan kehidupan, kecilkan tesis.

Bersama mentor pengurusan master PhD yang luar biasa, proses yang tepat, disamping circle group yang menguatkan, corak pemikiran beliau kini semakin berkembang dan positif. Tiada lagi migrain, kemurungan dan kesedihan dalam kehidupan beliau sebagai pelajar PhD, isteri dan anak.

Yang ada hanyalah kesan  perhubungan beliau yang semakin rapat bersama keluarga, pergantungan dengan tuhan semakin baik apabila beliau konsisten memulakan hari seawal jam 4pagi tiap  hari bagi memperbaiki hubungan dengan Allah secara ikhlas dan istiqamah.

“Sejujurnya , saya tiada daya kekuatan tanpa proses pengurusan tesis ini, tanpa mentor yang membimbing dan circle group yang positif. Merekalah push factor untuk saya jalani

kehidupan seharian dan saya sangat meminta kepada Allah, agar saya kekal menjadi Platinum Dr. Roket seperti Dr. Ashikin Marzuki”.

Buat Platinum Dr. Roket, bagaimana  perasaan anda terhadap kisah Platinum hebat, Zeti Yusmira ini? Sudah pasti anda mahu mengekalkan momentum sebagai bangsa posgrad bukan… Jom, kongsikan apa tindakan yang anda akan lakukan untuk terus bersama Circle Group Dr. Roket?

Leave a Reply