Nak Ubah Tesis; Pertama Kali Dalam Sejarah Sambutan Ambang Kemerdekaan Bersama Dr. Roket!

Virtual Seminar Nak Ubah Tesis yang jatuh pada tarikh keramat 30 & 31 Ogos 2020, mencatatkan sejarah istimewa kerana julung kalinya ambang kemerdekaan secara langsung disambut oleh bangsa posgrad bersama Dr. Roket. Seminar yang dijalankan secara siaran rakaman dan sesi secara langsung di platform Zoom NUT, bersama Dr. Khairul Nizam Zainan Nazri dan tim 2M World bertempat di HQ 2M World Prima Sri Gombak.

Tepat jam 12 tengah malam, laungan Merdeka oleh Dr. Roket bersama tim 2M World bergema di studio rakaman langsung seminar NUT, telah membakar semangat patriotik para peserta diikuti kibaran jalur gemilang dan lagu Negaraku berkumandang menandakan detik kemerdekaan tanah air Malaysia yang ke-63 tahun.

“Semoga semangat merdeka ini memberikan 1001 makna buat bangsa posgrad  ‘Merdekakan Tesis’ mereka secepat mungkin InsyaAllah”, ucapan Puan Mardiana Mat Ishak didalam status FB beliau semasa hari kemerdekaan semalam.

“Alhamdulillah, sambutan hari kemerdekaan yang paling bermakna didalam hidup saya. Terima kasih guru kami Dr. Roket, Allah Ta’ala jaga guru kami dan memberi syurga yang tertinggi untuk Dr. Roket, Dr. Mardiana, tim 2M World, semua sahabat platinum dan sahabat syurga saya”, ucapan Puan Nur Amri yang turut menyertai sambutan ambang kemerdekaan bersama Dr. Roket.

Seminar NUT kali ini adalah seminar Virtual yang terbesar secara langsung yang pernah diadakan sejak penubuhan 2M World pada tahun 2016, telah berjaya mengumpul hampir 2000 orang peserta yang mendaftar dan diberi akses percuma, yang terdiri daripada pelajar Master PhD di seluruh Malaysia dan dunia. Para Platinum Dr. Roket tidak ketinggalan turut serta menyertai seminar ini sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan seperjuangan.

“Ini merupakan kali ketiga saya menghadiri NUT secara talian, walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran semalam. Kali ini memang luar biasa! Banyak ilmu dapat diulang kaji dan banyak ilmu baharu saya perolehi sejak semalam sehingga sekarang.

Saya teramat bersyukur kerana mendapat peluang untuk mendalami lagi proses pengurusan tesis. Terima kasih Dr. Mohd Khairul Nizam, Dr. Mardiana, Tuan Meor, tim Dr. Roket dan gang Platinum yang awesome”, ujar Puan Khasturi Ramalingam yang pertama kali menyertai NUT pada 11 April 2020/

Jumlah Platinum yang telah ditemu bual oleh Dr. Roket dan content writer 2M World, Cik Bunga Liana secara langsung mencecah 40 orang. Mereka diberi peluang berkongsi cabaran kehidupan dan pengajian Master PhD yang mereka alami dihadapan peserta, beserta perubahan positif yang mereka rasakan selepas berjumpa Dr. Roket.

Peserta juga berpeluang menyaksikan sendiri jumlah deraf tesis terkini dan work station para Platinum sepanjang 6 bulan mengikuti proses Dr. Roket.

“Saya hendak memerdekan tesis dan tidak mahu mengulangi pengalaman silam semasa Master. Jadi saya mencari circle group positive, mentor dan alhamdulillah semenjak bersama Dr. Roket, saya mengetahui strategi PhD daripada mentor yang ada result dan deraf tesis saya semakin banyak serta semakin berkualiti”, perkongsian IR Ahmad Zaidi ketika ditemu bual oleh Dr. Roket.

Beliau turut memberikan tips menyertai seminar NUT iaitu fokus kepada corak pemikiran, amalkan ilmu-ilmu Dr. Roket dan mula menunaikan solat malam.

Antara Platinum yang menjadi tetamu jemputan adalah IR Ahmad Zaidi, yang telah berjaya Viva pada 10 Ogos 2020, Dr. Nur Ashikin yang telah berjaya menamatkan pengajian PhD pada Mei 202 dan pasangan inspirasi PhD, IR Khoushaini Mohd Naim bersama isteri beliau, Puan Hidayah Ahmad Azam.

Mereka sempat menitipkan pesanan dan motivasi buat peserta agar terus berusaha menamatkan pengajian dan mengikuti satu-satunya guru pengurusan Master PhD, Dr. Roket.

“Anda perlu sertai Dr. Roket kerana beliau membuat kerja pemantauan terhadap bangsa posgrad, beliau memiliki proven result dan beliau adalah guru yang terpilih dan mustajab doanya kerana sangat kuat perhubungan dengan Allah Ta’ala”, nasihat IR Khoushaini sebagai penutup sesi hot seat beliau pada hari kedua seminar.

Pelbagai Teknik pengurusan Master PhD yang praktikal telah dikongsikan oleh Dr. Roket secara langsung beserta video inspirasi sepanjang 2 hari seminar berlangsung.

Antaranya teknik asas pembahagian masa seharian, plan lakaran pengajian PhD sehingga Viva dan tips memupuk perasaan cinta terhadap tesis.

Para peserta berkesempatan berkongsi input seminar bersama rakan seperjuangan didalam FB group Support Group Nak Ubah Tesis.

“Al- Quran adalah rakaman kisah-kisah nabi untuk diambil pengajaran, niat belajar itu penting dan kita adalah guru kepada diri sendiri dan juga keluarga”, catatan Puan Shaliza Jumahat, Platinum Dr. Roket yang telah menyertai NUT kali kedua semenjak 22 Mac 2020.

Penerangan pakej Platinum oleh akauntan 2M World, Tuan Asrul Hadi dan tayangan video ‘Imaginasi NUT’, menjadi sesi akhir seminar NUT diikuti pesanan khas Dr. Roket kepada para peserta. Kejutan istimewa secara langsung turut dibuat kepada Dr. Roket oleh Puan Mardiana dengan kerjasama tim 2M World dan kru produksi, sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 tahun.

Para peserta diingatkan untuk mengimbas QR Code yang diberikan untuk maklum balas mengenai seminar, menyertai telegram ‘Dr. Roket Channel’ dan FB Group Support Group Nak Ubah Tesis bagi peluang menjadi salah seorang Platinum, dan mereka perlu menghantar tugasan khas NUT melalui platform yang disediakan oleh tim 2M World.

Video tayangan khas di sebalik tadbir perjalanan seminar 2hari bersama tim 2M World dan kru produksi oleh video producer, Tuan Firdaus Adnan dan Tuan Ajmal Harun menerima maklum balas positif penonton semasa penutup.

Para peserta dilihat terus setia kekal berada didalam platform Zoom NUT dan terus memberi sokongan dan komen membina kepada Dr. Roket.

Amazing, great teamwork! Thank You so much Dr. Roket and team”, ujar Puan Mahsuri Md Desa memberi pujian terhadap kerja belakang tadbir seminar NUT.

“Alhamdulillah, banyak ilmu bermanfaat yang dapat dikutip pada hari ini”, Puan Zulailawati Saufi mengucapkan kesyukuran selepas hari pertama seminar berakhir.

Kepada bangsa posgrad yang terlepas mendapatkan info dan maklumat terkini sepanjang seminar Virtual Nak Ubah Tesis pada 30 & 31 Ogos 2020, anda berpeluang menyaksikan lintas langsung seminar didalam FB Page Dr. Roket, dan juga membuat pencarian internet dengan menaip #DrRoket #NUT2020 #NakUbahTesis #ThesisManagement #ThesisFreedom #phdmotivation #PhdJourney #phdlife #thesis #malaysiaprihatin #drroketprihatin #bangsapostgrad.

Leave a Reply