Novelis Islami, Motivator & Dr Roket

By February 16, 2018Testimoni
Dr Roket

Novelis Islamis Motivator & DrRoket.
.
Novelis Islamis dan Motivator Sebarkan Bahagia Ustazah Fatimah Syarha hadir Grand Finale dan R.O.K.E.T Ekslusif.
.
Saya catatkan beberapa kata-kata beliau setelah hadir Seminar Ekslusif Master Ph.D R.O.K.E.T 10-11 Feb 2018.

[spacer height=”20px”]

“Bagai rasa sedang terbang je dapat pergi seminar Master Ph.D Dr Roket .
.
Terbang dengan roket bawa impian tinggi- tinggi” (Fatimah Syarha:2018)
.
“2 hari yang diperuntukkan untuk belajar ilmu rancang dan urus,insyaAllah boleh selamatkan 2 tahun dari “stuck” tahu nak kerjakan tesis ni macam mana” (Fatimah Syarha: 2018)
.
Tim dan peserta lain dapat rasakan kehadiran beliau. Ia satu kesyukuran dan rahmat besar buat kami semua.
.
Benarlah hadirnya insan-insan soleh ini bawa rahmat. Allah berikan saya kekuatan berkongsi jauh lebih banyak dari biasa.
.
Allah uji saya dengan “kurang sihat” sepangjang dua hari seminar R.O.K.E.T. Paling besar ujiannya “tekak” amat sakit. Allah bantulah hambaMu yang fakir ini untuk berkongsi sedikit pengalaman yang ada dengan semua. Bisik hati.
.
.
Paling menyentuh jiwa saya yang paling dalam adalah luhurnya budi beliau. Sifat rendah dirinya luarbiasa. Allah bantu ustazah istiqamah. Tidak lekang mohon didoakan dan mohon halalkan ilmu. Allah Allah Allah.
.
Hari kedua ustazah Syarha hadir agak lewat. Beliau uruskan keluarga. Beliau datang mendekati saya. “Dr ini “ganti” sebab saya gagal hadir tepat pada masanya sambil menghulurkan hadiah buat saya. Kelewatan diganti dengan hadiah hasil tulisan dari hati beliau “Projek Mega dalam Rumah”. Dr mohon doakan saya.
.
Allah Allah Allah luarbiasa. Benarlah Allah yang mengatur dan merancang segalanya. Mahu saja saya menjatuhkan air mata “jantan” saya. Tapi biasalah lelaki “ego”.
.
Siapalah DrRoket yang tidak dikenali berbanding pengikut insta beliau sudah 168k! bahkan inilah insan yang dihalau dari 3 universiti. Siapa lagi kalau bukan DrRoket. Sehingga kini Universiti tidak mahu melihat DrRoket.
.
Tapi kami amat yakin Allah ada bersama. Allah ada bersama. Allah pasti tahu apa yang sedang DrRoket dan tim usahakan. Mohon doakan kami dalam setiap sujud kalian ye.
.
Hasilnya kami telah berkongsi dengan 1037 peserta dan 60 orang peserta coaching dalam tempoh kurang 9 bulan. Allah Allah Allah.
.
Dibawah saya senaraikan hasilnya dalam seminar R.O.K.E.T. Ekslusif edisi 01 2018.

1. Edisi pertama Ekslusif dengan modul baru 100%.

2. Edisi pertama seminar berjalan 2 hari. 100% Tanpa ada peserta yang merungut. Mereka beritahu “tak cukup lagi ni Dr”. Mereka masih menunggu walau seminar telah selesai!!!
.
3. Edisi pertama “Roket Research Diari” dikongsikankan cara penggunaannya secara sempurna.
.
4. Edisi pertama 5 Carta ARMP dikongsikan cara penggunaannya secara sempurna.
.
5. Edisi pertama kesemua peserta diberikan “coaching” secara individu. DrRoket tunjukkan ” exit door”
.
6. Salah seorang tim kami menyambut hari lahir pada hari seminar!
.
7. Setiap peserta diikat dengan doa secara individu dan “yellow pages”.
.
**Seorang peserta bisikkan kepada saya. Dr doakan saya mampu bawa Dr ke UK untuk bantu pelajar postgrad disana. Mereka perlukan DrRoket. Beliau hadiahkan “nasi lemak” untuk semua peserta seminar. Allah bantu cik pn neera. Mohon semua aminkan ye.
.

Mereka semua adalah catatan sejarah Unik kami. Tiada nikmat yang dapat didustakan lagi. Syukur Allah atas nikmat ini.
.
Insan Hina lagi Haqir
DrRoket.

Leave a Reply