Perkongsian 101 Platinum Dr. Roket Menyemarakkan Seminar Virtual #NUT2021!

GOMBAK, 4 APRIL 2021: Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) telah berjalan dengan jayanya selama tiga hari berturut-turut. Seminar yang dijalankan  secara virtual ini berjaya menarik minat hampir 2000 pelajar pascasiswazah di seluruh Malaysia dan dunia, untuk mengenali dan mengikuti Guru Pengurusan Master PhD Nombor Satu Malaysia; Dr. Roket.

Buat julung kalinya, seminar tahunan terbesar 2M World ini berhasil mencipta sejarah tersendiri. Ini kerana, NUT kali ini telah dijalankan dan diuruskan sepenuhnya oleh Pihak Produksi 2M World; Tuan Firdaus Adnan dan Tuan Ajmal Harun dari segi teknikal penyiaran dan penerbitan secara langsung.

Seminar Virtual NUT telah dipancarkan secara langsung ke plaform online Zoom NUT, dari studio  rakaman milik 2M World, bertempat di HQ 2M World Gombak. NUT yang berlangsung sejak 2 April, pada jam 3pm ini, telah berakhir pada 4 April, jam 12.45 malam.

Ini merupakan seminar virtual Dr. Roket yang terakhir sebelum Ramadhan, telah membuka sinar harapan kepada pascasiswazah untuk menggerakkan tesis mereka, disamping mengecapi kebahagiaan hidup.

“Semoga anda yang sertai, dapat bersedia mental & fizikal untuk perjalanan Master Ph.D dengan lebih bahagia, tesis siap kurang 6 bulan, kehidupan bahagia bersama keluarga dengan tesis yang berkualiti InsyaAllah,” Puan Mardiana Mat Ishak memberikan ucapan alu-aluan kepada peserta NUT.

Seminar NUT telah dibuka secara rasmi pada petang Jumaat yang barakah, bersama energizer 2M World, Tuan Asrul Hadi. Kemunculan Dr. Roket secara langsung pada sebelah malam telah meningkatkan lagi semangat peserta melalui taklimat persediaan NUT.

Sepanjang sesi NUT, para peserta disajikan dengan tayangan result para Platinum Dr. Roket secara langsung dan tidak langsung. ‘Kebakaran terbuka’ ini telah memberi impak luar biasa kepada para peserta yang meluahkan rasa keterujaan mereka didalam ruangan komen, semasa sesi perkongsian Platinum berlangsung.

“Alhamdulillah syukur. Saya rasa sungguh bersemangat setelah melihat perjalanan Dr. Hidayah Ahamd Azam dan suaminya. Walaupun penuh cabaran yang mereka hadapi, namun dengan kejayaan telah hilang segala sakit. Sesungguhnya tangisan gembira telah berhasil memadamkan tangisan kesakitan”, luah Puan Hapiza, peserta NUT semasa NUT hari ketiga berjalan.

Seramai 101 Platinum Dr. Roket yang terdiri daripada kumpulan Elite dan Premier, telah diberikan peluang istimewa bercerita kisah perjalanan pengajian dan kehidupan mereka. Ini bertujuan memberikan pengajaran dan motivasi kepada peserta untuk terus berada didalam proses yang betul.

“Alhamdulillah diberi peluang untuk berkongsi bersama bangsa posgrad pada malam jam 11.00 malam, SubhanaAllah luar biasa. Semoga Allah mudahkan segala urusan kita dalam mencapai apa jua yang kita hajati, dan semoga Allah Ta’ala bantu kita mendapat solusi di dalam NUT ni. Jadilah anak murid yang sentiasa menghormati guru-guru kita. Terima kasih Dr. Mohd Khairul Nizam atas peluang besar yang diberikan. Allah jaga Dr. untuk kami semua,” ucapan penghargaan Dr. Nur Ashikin Marzuki.

Perkongsian inspirasi ‘anak sulung’ Dr. Roket ini sentiasa mendapat sambutan peserta.

Sempena kejayaan Viva Platinum Dr. Roket; Puan Hidayah Ahmad Azam pada 16 Februari 2021, tayangan perdana video terjah ekslusif, menutup sesi NUT hari kedua jam 11.45 malam. Klik disini untuk menonton >>  https://youtu.be/UzEa-VSxDGY .

Sesi taklimat pakej ekslusif Dr. Roket, beserta makluman program dan perjalanan Platinum Dr. Roket oleh Human Resource (HR); Tuan Idris Jibril, dan siaran Roket Shop oleh Customer Service; Puan Annisa’ dan Cik Ain Awanis, antara sesi terakhir hari ketiga NUT.

“Alhamdulilah syukur yang  tiada nilainya kerana memberi kelapangan waktu untuk diri ini bersama-sama dalam program NUT 2021 yang bermula 2-4 April 2021. Saya berdoa agar berupaya menggerakkan tesis selepas hadir program ini dengan jayanya. Saya tahu semua yang berlaku atas izin-Nya. Terima kasih buat Dr. Roket dan tim, anda semua hebat!”, ucapan Puan Zulianis Alias seusai program berakhir.

Kepada anda yang terlepas menyertai seminar #NUT2021 kali ini, rebut peluang mendaftarnya pada masa akan datang. Klik disini untuk maklumat lanjut : https://t.me/drroket .

Anda masih boleh menonton lintasan langsung suasana seminar virtual NUT didalam FB Page dan Instgram Dr. Roket, atau cuma taipkan #DrRoket, #NUT2021 dan #TesisKacangJer untuk gambar dan info NUT yang menarik!

 

 

Leave a Reply