Ph.D. Master

Ph.D Buatkan Saya Hampir Bercerai!
.
Dr., Ph.D buatkan saya hampir bercerai dengan suami hampir 4 kali! Ya 4 kali. Kini saya dan suami masih tidak ok. Suami seakan tidak peduli dan menyokong apa yang saya buat. Bahkan dia buat hal diluar rumah. Melepak sehingga larut malam dll.
.
Lepas tu anak semua saya seorang jer yang kena urus. Dirumah suami asyik berkepit jer dengan hp.
.
Hujung minggu asyik ada kenduri bagai. Bila saya nak tulis tesis Dr?
.
Sedangkan kami berdua adalah guru!
.
Kami tidak jadi bercerai kerana memikirkan anak je!
.
Saya diuji dengan anak sakit sehingga membuatkan kami terpaksa kehospital kerap. Bukan setakat itu saya pula diuji dengan sejenis penyakit ganjil. Telinga saya berdengung dan hampir menjadi pekak. Dr kata tiada rawatan. Ia kekal.
.
Saya juga terpaksa berjumpa Dr kerap untuk rawatan. Bukan itu saja saya diuji lagi dengan slip disk dari pinggang sehingga tengkok pula.
.
Tesis saya amat terganggu. Sekarang saya berada di sem 6 bentang proposal pun belum. Kurang dari 28 minggu saya perlu melaporkan diri.
.
Masuk kerja semula. Saya malu. Macam mana nak mengadap bos dll. Pasti mereka hina saya dan pandang rendah. Dapat cuti bergaji penuh siap biasiswa lagi. Tapi bila lapor diri apa pun tak siap!
.
Malunya saya Dr. Lepastu kena bayar semula 160k.
.
Lagi satu saya ni bukanlah kategori pelajar bijak. Mak saya selalu kate kamu ni lembab dan degil. Memang pun saya akui. Dulu UPSR satu “A” pun tak de.
.
Tapi entahlah macam mana Allah takdirkan saya boleh buat sampai Ph.D. Saya syukur Dr. Ini rezeki. Biasiswa ni pun betul-betul rezeki. Ramai yang mohon. Saya seorang jer yang dapat Dr. Allah syukurnya.
.
Cuma saya malu dengan Allah sebab tak gunakan nikmat ni sebaiknya.
.
Saya ni beruntung Dr. SV saya sangat baik. Pernah dia tolong derafkan untuk saya proposal. Tapi saya langsung tak cakna. Bahkan saya lari dari SV sebab takut. Dan rasa bodoh sangat.
.
Bukan setakat tu saya ada 2 kawan baik pensyarah di Fakulti tempat saya buat Ph.D banyak kali call saya offer kalu awak nak kami bantu komen,beri idea dll just bagi tau. Kami sentiasa ada untuk bantu.
.
Saya pun tak tau kenapa saya ni tak pandai nak guna nikmat. Saya dah guna duit biasiswa sebaik mungkin. Beli buku,jurnal dll yang berkaitan tesis. Susun sebaiknya atas meja belajar. Tapi sejak beli sampai sekarang tak pernah guna.
.
Saya pun hadir Seminar termasuk Seminar Roket last year. Memang saya rasa impaknya. Tapi saya ni degil. Balik saya tak guna pun ilmu yang Dr bagi. Bahkan sejak tahun lepas saya cancel banyak kali sesi coaching dengan Dr.
.
Hari ini saya nekad. Saya keluar dari Ipoh memandu sendirian seawal jam 5.30 pagi semata-mata datang ke nilai untuk Dr bantu saya. Saya perlukan Dr.
…………………
.
Ini sebahagian dari catatan sesi coaching saya dalam minggu ini. Ini diantara sesi coaching paling mencabar buat saya. Segala ilmu di perguruan Prof Noraini Ahmad + 4 tahun ilmu Psikologi+ 5 tahun sebagai kaunselor perlu digunakan ni bisik hati. Allah mohon bantu saya.
.
InsyaAllah saya cuba bantu beliau sebaik mungkin. Telah diberikan kepada beliau beberapa “exit door”.
.
Beliau dipantau oleh DrRoket dalam pakej “ICU”. Nak tahu apa bole hubungi no ni 0183998003.

.
Mereka ini adalah insan hebat. Ini saat mereka diuji. Mereka perlukan mentor dan formula. Bukan bebelan. Pegang hati mereka dan tunjukkan jalan keluar. Ini prinsip DrRoket setelah membantu 63 orang peserta coaching.
.
Saya yakin masih ramai diluar sana memiliki kisah hampir serupa. Ia mungkin anda dan mungkin juga rakan anda. Bantu mereka.
.
Ini satu nikmat luarbiasa buat saya. Syukur Allah atas nikmat ini.

……..

Untuk anda yang sudah berkahwin, mempunyai anak dan keluarga, pegang nasihat san sematkan dalam minda perkara penting ini:

1. Suami, Isteri, Anak-anak dan keluarga bukan “Distraction” anda dari fokus kepada Master / Ph.D.

2. Urus Diri, Urus Hidup, Urus Masa, Urus Tesis supaya MENTAL dan FIZIKAL anda terurus. Jika anda perlukan bantuan, boleh hubungi Tim di nombor 0183998003.

3. Letakkan Master Ph.D dalam hidup anda, bukan letakkan hidup anda dalam Dunia Master Ph.D.

4. Enjoy Life dengan orang tersayang!

5. Berbincang secara elok dengan pasangan apa bantuan yang anda boleh berikan dan juga apa bantuan yang anda perlukan dari pasangan. Fikirkan apa yang “Saya boleh beri dahulu berbanding apa dia patut beri pada aku”. Nilai dan kemanisan hidup kita adalah pada MEMBERI.

6. Audit semula hubungan kita dengan ALLAH. Solat kita dijaga? Al-Quran kita dibaca setiap hari? Ayat Al-Quran difahami maknanya? Hubungan silaturrahim kita dibaja? Apa sahaja yang berlaku, balik semula kepada Pemberi dan penarik segala Nikmat dan Musibah. Ada masa Allah datangkan ujian untuk tarik kita kembali ke landasan. Ada masa Allah mahu berikan ganjaran atas kesabaran. Mungkin kadang kita lalai dan terlupa.

7. Apa jua cabaran (masalah) yang dihadapi, cari SOLUSI. Jangan salah. Amat berbeza sikap dan pemikiran orang yang mencari solusi dengan orang yang asyik salahkan orang lain dan diri sendiri.

 

Dr Roket

Leave a Reply