Puan Adilla Rahaman Terus Berimpian Menjadi Dr. PhD dan Memerdekakan Tesis!

“Buat Tesis Kerana Allah Ta’ala, Setiap Huruf Adalah Jambatan Ke Syurga”

Memetik kata- kata Dr. Roket ini, sungguh bertuah buat anda yang bergelar bangsa Posgrad sebenarnya, anda adalah insan yang terpilih daripada jutaan manusia bagi mengangkat darjat ilmu hingga kini.

Benar, menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada setiap insan, ia adalah tanggungjawab Fardhu ‘Ain yang tidak terkecuali kepada kita yang bergelar Muslim.

Namun, bukan setiap insan mampu meneruskan perjuangan mencari ilmu sehingga ke peringkat yang tertinggi iatu Master PhD.

Dan anda adalah insan-insan bertuah dan terpilih bagi menyambung legasi ilmu yang sangat dihormati oleh masyarakat d iseluruh dunia, melalui pengajian yang kini sedang anda jalani.

Sungguh, ini bukanlah perjalanan yang mudah, dan juga bukanlah perjalanan yang susah sekiranya anda bersyukur, kerana inilah peluang besar anda menuju syurga-Nya melalui penulisan tesis anda.

“Kejayaan kita bergantung kepada sejauh mana kita MENSYUKURI dengan nikmat Allah SWT dengan cara perlu sentiasa gandakan ucapan ‘Syukur Alhamdulillah’, banyakkan sujud syukur dan setiap penulisan sentiasa disulami dengan memuji Allah SWT.”

Puan Adilla Rahaman, salah seorang peserta program Mudahnya Siapkan Tesis (MST) meluahkan pendapat beliau bahawa perlunya bersyukur bagi terus mencapai kejayaan.

Kesyukuran beliau ini terutama ketika telah terpilih menyertai program MST yang berlangsung secara dalam talian dan disertai hampir 80 orang bangsa Posgrad. Masyaallah! Semangat juang Dr. Roket bagi membantu NASIB bangsa Posgrad amat Puan Adilla kagumi.

“Syukur alhamdulillah, virtual seminar MST telah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur kepada Allah utk peluang diterima menjadi peserta MST.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Guru Dr. Roket Mohd Khairul Nizam kerana tidak pernah mengeluh membantu mengetuk, menembak dan membasuh kami setiap hari tanpa jemu hanya untuk melihat anak bangsa posgrad berjaya dengan proses yang betul.

Sungguh sangat membuka mata saya betapa nobelnya insan bergelar GURU ini!

Hasil daripada 62 hari mendengar Morning Doc semenjak 28 Mei 2020 melalui sahabat Tuan Ahmad Haqqi Nazali, Dr. Roket telah berjaya menarik saya keluar dari mimpi ngeri journey PhD terdahulu dan berjaya membantu saya ubah mindset! Inilah yang saya tercari-cari selama ini! Subhanallah terima kasih Dr. Roket.

Semoga Allah membalas jasa Dr. Roket dengan beribu-ribu kebaikan. Doakan saya dapat merasa kebahagiaan bersama tesis saya dan mendapat GOT/GBT. Ameen.”

“Hidup Adalah Pilihan Sama Ada Kita Hendak Bertindak Menyiapkan Tesis Atau Terus Memberi Alasan”.

Bagi mempraktikkan kata-kata Dr. Roket ini, Puan Adilla Rahaman yang sebelum ini hampir berputus asa dalam perjalanan Master PhDnya, memasang tekad yang tinggi agar tidak mengulangi mimpi ngerinya sebelum berjumpa Dr. Khairul Nizam.

Beliau sedar selama ini sikap negatifnya yang suka memberi alasan dan banyak berfikir tanpa tindakan hampir menghanyutkan impian beliau untuk menjadi bangsa Posgrad yang berjaya.

“Ramai Orang Yang Mampu Memulakan Sesuatu, Tetapi Tidak Ramai Yang Berjaya Menamatkan Sehingga Habis”.

Sungguh, Dr. Roket sangat kagum dengan semangat Puan Adilla yang begitu berusaha mengikuti motivasi dan video secara langsung di platform sosial media Dr. Roket pada setiap hari, bagi membantu menamatkan perjalanan PhDnya.

Semenjak 28 Mei 2020, Puan Adilla adalah antara penonton setia Live Morning Doc yang tidak pernah ketinggalan mendapatkan vitamin minda dan buah fikiran positif Dr. Roket secara percuma di FB Page Dr. Roket.

Beliau bertekad memilih Dr. Roket sebagai mentor pengurusan PhD dan kehidupan, dan berazam untuk berjaya bersama result-result yang luar biasa, seterusnya mencapai GOT dan GBT tidak lama lagi.

Walaupun belum bergelar Platinum Dr. Roket, beliau sangat gembira berada bersama circle group positif Dr. Roket dan mahu terus mendapatkan rahsia kejayaan melalui perkongsian dan motivasi Platinum Dr. Roket yang telah terbukti berjaya.

Sebenarnya telah menjadi impian Puan Adilla sejak dahulu untuk berjaya diterima menjadi Platinum Dr. Roket. Oleh sebab itu, beliau sentiasa komited dan percaya dengan proses serta membuang segala sikap ego dan perfectionist yang meghalang beliau untuk mempunyai progress selama ini, agar impian menjadi Platinum tercapai.

Beliau sentiasa mengekalkan minda yang positif setiap hari melalui circle group yang positif, mentor yang terbaik dan tindakan yang tepat.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana mendengari doa saya dan membuka semula jalan untuk saya berjuang kembali.

Dipertemukan dengan penyelia yang seronok lagi supportive, circle group yang sungguh hebat iaitu tim Platinum, doakan saya diterima masuk dan menjadi sebahagian daripada keluarga ini, sahabat-sahabat lama yang sentiasa bersama memberi tunjuk ajar dan satu-satunya Mentor Pengurusan Tesis Nombor Satu di dunia, Dr ROKET; Dr. Mohd Khairul Nizam.”

Fast Action Fast Result!

Beliau antara pelajar Dr. Roket yang sentiasa pantas menghantar learning point pada setiap kali sesi perkongsian bersama Platinum Dr. Roket. Beliau tidak pernah ketinggalan untuk berkongsi ilmu-ilmu yang beliau perolehi sepanjang program Dr. Roket bersama rakan seperjuangan.

Puan Adilla kini lebih berani mengorak langkah ke hadapan bersama Dr. Roket sempena bulan kemerdekaan untuk menggapai ‘Kebebasan Tesis’ beliau.

“Pengertian ‘THESIS FREEDOM’ buat diri saya adalah apabila saya kembali berani meMERDEKAkan MINDA dari ketakutan, kegelapan dan kegagalan sebuah perjalanan PhD; dengan mindset yang baru, tenaga yang lebih padu dan emosi yang jitu!”

“Ayat yang paling saya suka hari ini adalah “FAST ACTION, FAST RESULTS!” Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana pertemukan saya dengan Dr.Roket. Allah Maha Mendengar.”

Luahan hati beliau yang jujur semasa berkongsi Learning Point yang beliau perolehi, selepas menyertai Thesis Management Clinic (TMC), pada 28 Jun secara dalam talian baru-baru ini.

“Semoga kegagalan lepas menjadikan asbab utama untuk saya meMERDEKAkan tesis PhD kali ini! Mohon semua doakan saya agar berjaya dunia akhirat, dan peroleh keberkatan dari  Yang Maha Pencipta. Ameeen Ya Rabb.”

“Percaya adalah segala-galanya! Grab all the opportunity dan jangan bertangguh!”

Puan Adilla memberikan pesanan ikhlas ini, istimewa kepada rakan seperjuangan Master PhD, agar segera berguru dengan Guru Pengurusan Tesis dan Kehidupan Nombor Satu Malaysia; Dr. Roket! Dr. Roket sedia membimbing anda disini; https://bit.ly/NAKNUT2020

Leave a Reply