RICM: Platinum Dr. Roket ‘Terbang Tinggi’ Ke Bukit Tinggi

PAHANG, 22 SEPTEMBER 2020: Seminar Rocket Inner Circle Meeting (RICM) berjaya meninggikan standard bangsa Posgrad mencapai sasaran di sebalik pengajian mereka. Seminar yang berlangsung selama 2 hari pada 18 dan 19 September bertempat di dewan Le Chevalier, Berjaya Hill, Bukit Tinggi telah memberi peluang kepada 22 Platinum berdiskusi secara lebih dekat bersama Dr. Roket dalam merangka hala tuju mereka.

RICM adalah satu- satunya seminar bertujuan untuk mengembalikan fokus peserta dan merasai kehebatannya, membuat persiapan 6 bulan sebelum ke bilik Viva, perancangan am 6 bulan selepas Viva dan perkara penting 5 tahun selepas menerima PhD. Peserta didedahkan dengan tindakan- tindakan betul (TTB) melalui circle group yang positif, mentor yang tepat dan tindakan yang berkesan.

Silibus RICM juga membantu bangsa Posgrad menyerlahkan potensi diri untuk pembangunan negara, membina legasi 100 tahun dan menjadi umat yang membanggakan Nabi Muhammad SAW melalui TTB. Peserta juga dibawa mengimbau kembali bagaimana mereka bermula disamping matlamat masa depan agar kekal merendah hati tatkala telah berjaya.

“Melihat, merancang, membuat tindakan untuk mencapai hasil 6 bulan, 5 tahun, 100 tahun akan datang buat diri dan legasi. Intipati pengisian RICM yang memberi impak bahawa memandang tesis kita hanya kecil. Tetapi tujuan utama kita kepada ummah semakin besar”, ujar Puan Norhanani Abdul Rahman, salah seorang peserta sebaik sahaja tamat seminar.

Beliau turut mengakui bahawa tidak mudah sebenarnya menjadi Platinum yang terpilih untuk menyertai RICM kerana perlu melepasi syarat- syarat komitmen, komited dengan proses dan memberi impak dan sumbangan yang besar kepada orang ramai.

“Untuk mengikuti RICM bukan mudah, ada proses yang perlu dilalui dan ini merupakan faktor tolakan untuk bangsa Posgrad segera menyudahkan perjalanan PhD. Terima kasih Allah Ta’ala mendatangkan mentor seperti Dr. Roket. Kami bukan hanya dapat untuk dunia, malah kami dipersiapkan untuk bekalan akhirat”.

Sepanjang 2 hari seminar, peserta berkesempatan berkomunikasi secara dua hala dan intensif bersama Dr. Roket tentang tips memerdekakan tesis PhD dan persediaan bergelar ummah yang berbakti. Peserta juga diberikan tugasan dan aktiviti berkumpulan bagi memastikan radar peningkatan akademik, kerjaya dan kehidupan kian meluas serta mencontohi tokoh- tokoh ilmuwan melalui 17 corak pemikiran.

“Saya berasa sungguh teruja apabila dapat melihat profil kejayaan dalam kalangan ahli akademik dan pemilik bisnes yang berjaya. Rasa sangat mengagumkan apabila mengetahui tentang 17 corak pemikiran  insan- insan yang berjaya sebagai ahli akademik dan usahawan. Saya juga berasa sangat jelas apabila didedahkan tentang Radar Academic Growth dan radar kehidupan”, Ustaz Mohd Fahmi Md Yusop berkongsi perasaan menyertai RICM.

Gimik pelancaran Rocket Valley oleh Dr. Roket dan Puan Mardiana turut diadakan semasa ucapan pembukaan.

“Ini adalah selepas hampir 3 tahun merancang platform didalam talian, khusus agar Platinum dapat mengakses semua ilmu sebelum ini, daripada pelbagai bidang”, ujar Puan Mardiana.

RICM kali ini juga menyaksikan pelancaran logo baru Dr. Roket semasa sesi pembukaan seminar oleh Dr. Roket dan Puan Mardiana, diiringi oleh tayangan video montaj khas oleh videographer 2M World; Tuan Firdaus Adnan dan Tuan Ajmal Harun.

Buat kali pertama didalam sejarah, perlantikkan CRMP dianugerahkan kepada 4 orang Platinum yang terpilih iaitu Puan Hidayah Ahmad, Puan Ashikin Marzuki, Puan Mazidah Rejab dan IR Khoushaini. CRMP yang terpilih akan menerima hadiah berupa Live Morning Doc seperti Dr. Roket, dan latihan awal membantu bangsa Posgrad mengikut formula ROKET.

Platinum Dr. Roket turut mendapat galakkan dan panduan secara langsung memulakan perniagaan mengikut kepakaran dan bidang pengajian masing-masing. Pelbagai formula peniagaan yang praktikal dikongsikan beserta sesi soal jawab menaikkan semangat peserta memajukan bisnes sedia ada mahupun memulakan yang baharu.

“Subhanallah, Alhamdulillah saya syukur sangat Allah kurniakan nikmat menjadi platinum Dr Roket. Selepas hadir RICM, nampak lebih jauh kehadapan untuk menggerakkan Academic Vehicle (AV) dan Business Vehicle (BV) serentak. Subhanallah tidak ternilai harganya. Terima kasih Dr. Mohd Khairul Nizam dan Dr. Mardiana Bt Mat Ishak untuk semua ilmu-ilmunya.

Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Terima kasih tim Dr. Roket kerana berikan komitmen luar biasa untuk pastikan setiap program Dr. Roket berjalan dengan lancar sekali. Buat sahabat-sahabat platinum semua, terima kasih kerana sentiasa memberikan cas-cas positif yang luar biasa”, ucapan Puan Hidayah selaku peserta RICM.

Majlis makan malam istimewa bersama peserta mengakhiri RICM secara rasmi. Upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan Fotografi Colmare Tropicale tercantik dan rakaman Live terbaik turut disampaikan oleh Dr. Roket kepada para pemenang.

Peserta turut dihidangkan tayangan video sepanjang 2 hari seminar berlangsung, yang mendapat pujian peserta dari sudut isi kandungan, kelancaran perjalanan program dan sistem teknikal yang jelas.

Dr. Roket dan Puan Mardiana turut dikejutkan dengan gimik ‘pertikaman lidah’ oleh Ustaz Fahmi dan IR Khoushaini, persembahan deklamasi sajak oleh Ustazah Hasiah Mat Salleh, dan upacara pemotongan kek sebagai simbolik penghargaan jasa dan pengorbanan Dr. Roket mendidik bangsa Posgrad.

“Terima kasih Key Lead Prank Ustazah Hidayah Ahmad Azam, cerdik betul pasangan ini, Allah pelihara kalian . Terima kasih 22 insan Platinum yang sentiasa didalam doa khususku buat kalian”, Dr. Roket dilihat menitis air mata terharu dan meluahkan penghargaan beliau.

Tim 2M World turut diraikan didalam satu Majlis Retreat and Appreciation Dinner 2M World, yang dihadiri oleh sanak saudara dan ahli keluarga terdekat. Sebanyak 9 anugerah khas disampaikan oleh Dr. Roket kepada 9 ahli pasukan 2M World bagi menghargai kerja keras dan dedikasi mereka didalam tugasan.

“Berkesempatan hadir dalam Majlis Makan Malam bersama tim Dr. Roket tadi. Saya Bangga melihat kejayaan Dr. Roket membantu ramai bangsa Posgrad untuk selesaikan Master PhD mereka. Tahniah sekali lagi, moga terus Istiqamah mencapai kejayaan lebih besar”, ucapan Ustaz Abdullah Abdul Rahman, antara tetamu istimewa yang hadir bersama keluarga beliau memberkati lagi majlis tersebut.

“Kunci kejayaan dalam PhD atau apa sahaja bidang adalah Self-Awareness dan Self- Consciousness! Kita perlu berada didalam keadaan yang sedar, tahu dan peka terhadap perkara yang berlaku. Anda perlu menguasai semua yang berada didalam otak, didalam hati, tindakan dan situasi sekeliling. Anda perlu kawal apa yang anda fikir, rasa, cakap dan buat!”, titipan terakhir RICM Dr. Roket didalam Facebook.

Leave a Reply