Roket Pahala Ramadhan-siri 1

By May 23, 2019Tips Dr Roket

Aktiviti Ustaz Roesfan:

Lokasi: Binh Minh Village, Phan Hoa Commune – Bac Binh District – Binh Thuan Province, Vietnam.

19/5/2019

Mula sampai jam 1.30 tengahari waktu vietnam.

Bertemu dengan delegasi pendakwah dari kawasan lain yang jaraknya lebih kurang 100 km dari Surau Al -Mubarak. Figura penting : Syeikh Mansur pendakwah sunnah.

Perbincangan berkaitan hal ehwal dakwah.

3.00 petang : Bertemu dengan Muallaf pertama di Binh Thuan. Mengambil maklumat berkaitan                                       sejarah surau Al Mubarak.

4.00 petang : mencuci kawasan persekitaran surau.

5.00 petang : membantu persediaan Iftar.

6.09 petang : berbuka puasa.

Ustaz Roesfan melaungkan azan. Berbuka puasa dengan tamar dan air sahaja dalam tempoh 5 minit.

Solat  maghrib diimamkan oleh Syeikh Ilyas. Sambung makan berbuka.

7.30 azan isya.

Imam Isya Syeikh Mansor. Tazkirah Ramadhan oleh Syeikh Mansor.

Imam Tarawih Ustaz Roesfan.

Jam 9.30 moreh.

Balik rehat.

20/5

Sahur di rumah Syeikh Ilyas.

Solat subuh diImamkan oleh Ustaz Roesfan.

8.00-10 pagi : Membeli mikrofon.

10-12 tengah hari : Shoot video2.

12.00 tengahari : Beli gula2 dan coklat utk meraikan kanak2.

1.30 petang : Persediaan bakul ramadhan.

4.30 petang : Persediaan iftar.

6.09 petang : Berbuka puasa dgn tamar dan air.

Solat maghrib diImamkan oleh Ustaz Roesfan.

Lepas solat maghrib sambung makan berbuka.

Solat isya dan Solat Tarawih diImamkan oleh Ust Roesfan.

Selepas solat. Majlis penyampaian sumbangan kepada 70 saudara baru.

Majlis selesai jam 10 malam.

Selesai misi di Surau Al Mubarak.

21 Mei.

Menuju Ho Chin Minh.

Aktiviti: berbuka dengan komuniti Muslim di Masjid Jamik Ho Chin Minh.

22 Mei

Menuju kampung atas air Long Aan jarak dari Ho Chin Minh lebih kurang 70 km. Walaupun dekat tetapi keadaan jalan tidak memuaskan. Banyak berlopak dan sempit.

Beli barang dan bertemu dengan Ustaz Tahir.

Menaiki bot ke kampung atas air. Tiba di kampung atas air.

Bertemu dan beramah mesra penduduk setempat.

Melawat kawasan. Tazkirah oleh Ustaz Roesfan.

Penyampaian bantuan bakul ramadhan dan sumbangan wang tunai kepada Ust Tahir dan warga Vietnam non Muslim المؤلفة قلوبهم

Bersurai.

 

 

 

 

 

Leave a Reply