Sahabat Seperjuangan Berhenti di Pertengahan Jalan, Puan Yusliza Kamarudin Teruskan Perjuangan PhD

Hidayah hadir tanpa disangka oleh sesiapa. Itulah yang terjadi kepada Puan Yusliza Kamarudin, yang mungkin tidak lagi bergelar bangsa Posgrad sekiranya beliau berputus asa di separuh jalan. Ini perkongsian langsung daripada hati beliau, bagaimana beliau akhirnya berjaya menghilangkan keraguan masa depan PhDnya, terutama apabila berjumpa Dr. Roket:

“Saya Yusliza binti Kamarudin platinum batch 4.3. Saya ingin bercerita berkenaan dengan perjalanan PhD saya sebelum berjumpa dengan Dr. Roket. Saya telah mendaftar sebagai pelajar PhD pada bulan Mac 2018 dalam bidang pendidikan di Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah.

Pada semester pertama semuanya indah bagi saya dan saya berkobar-kobar didalam pengajian PhD. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya saya tiada niat pun untuk menyambung PhD tapi disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan Master mengajak saya untuk menyambung PhD, akhirnya membuatkan saya terpengaruh sama.

Tetapi mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Ramai kawan saya yang sudah berhenti di petengahan jalan apabila telah masuk semester ke 2, 3, dan 4. Hanya tinggal saya dan beberapa orang sahaja yang masih kekal hingga kini. Saya pun hampir hendak berhenti sebenarnya pada semester ke 7, kerana bagi saya sudah tidak nampak jalan dan banyak duit habis untuk bayar yuran kejahilan.

Tetapi Alhamdulillah ketika covid sedang melanda seluruh dunia dan negara kita mengumumkan perintah Lock Down, ketika itulah turning point pengajian saya lantas telah membatalkan niat untuk berhenti daripada perjalanan PhD yang sangat menyakitkan.

Saya adalah seorang guru dan memandangkan sekolah juga tutup ketika itu, saya berfikir ini masa yang sesuai untuk saya menyambung perjalanan tesis.

Dalam pada masa yang sama, ada sahabat saya Platinum batch ke-3 iaitu Puan Shuhaida Hanim mengajak saya untuk menyertai Dr. Roket dan banyak kali juga email daripada tim Dr. Roket menerjah di ruangan email saya, malangnya saya biarkan sahaja.

Dan banyak kali juga sahabat saya bertanyakan khabar tentang kesediaan untuk menyertai Dr. Roket, tetapi mungkin masa tu saya masih belum mengenali Dr. Roket dengan lebih dekat dan banyak alasan yang saya beri kepada sahabat saya itu.

Saya ada juga menonton Live FB morning Doc tetapi dalam keadaan ‘acuh tidak acuh’ sahajalah. Tetapi lama kelamaan, saya mula berasa terbuka hati untuk sertai platinum Dr. Roket. Saya sertai seminar Nak Ubah Tesis pada 11 April 2020.

Namun apabila saya sudah bersedia mahu menjadi Platinum Dr. Roket, timbul pula cabaran yang mana tugasan yang diberikan oleh Dr. Roket amat memberati saya. Didalam waktu yang sama penyelia meminta result dan mendesak saya untuk Proposal Defence.

Saya sangat keliru dan tertekan, malah saya ambil keputusan untuk berhenti daripada platinum Dr. Roket disebabkan saya tidak terpilih sebagai platinum Dr. Roket untuk platinum batch 4.2. Betapa sedihnya saya ketika itu.

Itu disebabkan oleh kerana saya tidak bersungguh-sungguh untuk selesaikan tugasan yang diberikan. Tim Dr. Roket tetap membawa saya masuk ke dalam group platinum 4.3, awalnya saya hanya senyap dan tidak ada sebarang maklum balas apabila rakan- rakan bersembang.

Tetapi lama kelamaan ada yang bertanya soalan kepada saya disebabkan oleh saya ada pengalaman sebelum ini, maka terpaksa saya menjawab soalan kawan-kawan yang lain. Lama kelamaan timbul pula rasa sayang kepada circle group 4.3 yang hebat.

Jadi saya batalkan niat untuk berhenti daripada platinum, malah saya ingin ‘balas dendam’ dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Dr. Roket dengan sepantas yang mungkin. Syukur Alhamdulillah saya antara 10 daripada 30 orang yang terawal diumumkan oleh Dr. Roket sebagai Platinum batch 4.3.

Sepanjang bergelar Platinum Dr. Roket banyak hasil yang saya dapat. Saya pun tidak sangka yang saya mampu menulis daripada 0 deraf sebelum berjumpa dengan Dr. Roket, sehingga kini saya ada 4 deraf bersamaan dengan 557 muka surat.

Deraf yang pertama saya hasilkan 9 hari selepas RIC 1 yang saya hadir pada 19- 21 Jun 2020. Syukur alhamdulillah, disamping itu hubungan saya dengan maha pencipta semakin rapat apabila menyertai kelab 4.01 am bersama Platinum Dr. Roket yang luar biasa. Saya harap amalan ini berpanjangan sehingga nyawa saya diambil oleh Allah Ta’ala.

Dr. Roket membuatkan corak pemikiran saya berubah kepada 360 darjah. Jikalau dahulu saya fikir tesis itu payah dan susah, namun sekarang saya selalu berzikir setiap pagi bahawa tesis itu mudah dan senang. Dr. Roket juga mengajarkan saya tentang mimpi.

Beranilah bermimpi. Bayangkan kejayaan pada masa hadapan.

Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambanya. 11 rutin insan berjaya yang diajar oleh Dr. Roket memang sangat memberi impak. Antara yang sudah saya amalkan iaitu membesarkan kesyukuran, minum air putih, berus gigi dengan tangan kiri, baca bahan bacaan yang positif, dan brain power smoothies.

Paling saya suka apabila orang tegur saya sedikit kurus berbanding sebelumnya, ini kerana saya mengamalkan air putih dalam kuantiti 3 liter sehari dan mengurangkan gula. Ini terbukti berkesan kepada saya. Terima kasih banyak-banyak  Dr.  atas perkongsian ilmu 11 rutin yang diberikan semasa NUT.

Paling saya suka adalah sesi Morning Doc setiap pagi, ini merupakan vitamin minda bagi saya dan saya percaya ini juga vitamin minda buat Platinum yang lain. Bagi saya Morning Doc adalah pemangkin saya untuk melajukan tesis saya.

Saya kagum denga Dr. Roket kerana dapat membuat sesi Live Morning Doc tanpa gagal. Dengan formula dan tips yang diberikan oleh Dr. Roket dalam NUT dan RIC 1, hubungan saya dengan penyelia semakin mantap.

Jikalau dulu saya liat nak hubungi penyelia, sekarang saya bahagia dapat menghantar mesej dan dapat tunjuk result kepada penyelia. Bahkan chapter 1 yang dihantar kepada penyelia ditambah baik oleh penyelia dan dikembalikan kepada saya dengan format yang betul. Allahu Akbar, baiknya penyelia saya.

Dalam platinum Dr. Roket, saya sudah tidak rasa berada didalam zon kesunyian, ini kerana sentiasa dibimbing oleh mentor yang ada result iaitu Dr. Roket sendiri dan berada didalam circle group yang positif. Senior Platinum dan rakan-rakan batch 4.3 pun banyak membantu dalam perjalanan PhD saya.

Sebagai platinum Dr. Roket, saya amat bahagia dan bersyukur pada Allah Ta’ala kerana perjalanan PhD saya sekarang ini dihiasi dengan warna pelangi yang indah, disirami dengan cahaya matahari yang bercahaya yang menerangi perjalanan PhD saya nan bahagia.

Semoga Allah SWT pelihara mentor yg luar biasa Dr. Roket, Dr. Mardiana,  tim 2 M World dan sahabat-sahabat Platinum sekalian. Seterusnya Allah Ta’ala mengurniakan Viva without correction untuk kita semua walaupun tidak bersua secara bersemuka, namun manisnya akhuwah di alam maya Lillahi Taala. Sekian.”

Buat para Platinum Dr. Roket, kekalkan rasa bahagia anda bersama circle group positive Dr. Roket seperti Puan Yusliza. Perbaharui keahlian Platinum anda sekarang agar masa depan anda sentiasa terbimbing. Hubungi Tuan Amierul untuk memperbaharui keahlian Platinum anda: 019-4588003

Leave a Reply