Saya berjaya jadikan cabaran ini sebagai push factor saya…

Dengan izin Allah, saya berjaya siapkan draft ke-7 harini. Semuanya datang dari Allah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 🤲 Saya dari minggu lepas diuji dengan cabaran kesihatan sedikit.

Tapi berkat doa guru iaitu Dr Roket serta doa orang2 yang sayangkan saya, saya berjaya jadikan cabaran ini sebagai push factor saya. Ini semua ilmu yang saya dapat darimu wahai guruku ketika recharge NUT dan RIC1. Jujur saya kata, selepas Dr Roket tulis “Allah mudahkan semua urusan Zahra” semalam, terus rasa nak masuk bilik buka thesis.

Benarlah, setiap dari pelajar postgrad memerlukan seseorang sepertimu Dr Roket. Saya doakan selepas ini akan bertambah clone2 Dr Roket di serata dunia untuk bantu pelajar postgraduate.

Allah ganjarkan syurga buat Dr Roket dan semuaaa team 2MWorld. Allahumma Amin🤲

Leave a Reply