Semangat M.E.R.D.E.K.A Morning Doc, Sumber Kekuatan Puan Zeti Yusmira

Tatkala hidup sedang dilanda musibah dan ujian sama ada dari segi kewangan, kesihatan dan perhubungan, satu perkara yang sering menghantui diri kita, iaitu berasa seperti ingin berputus asa dan berhenti dari meneruskan semua usaha selama ini.

Diri kita ketika itu seakan- akan dijajah dengan seribu satu perasaan negatif, cemuhan dan perspektif yang buruk terhadap diri sendiri, bahawa itu adalah titik kegagalan dan pengakhiran kita.

Janganlah cepat berputus asa, ayuh bangkit!

Inilah yang dilakukan oleh Platinum batch 3, Puan Zeti Yusmira yang kisahnya terus menerus menjadi inspirasi bangsa Posgrad hingga kini.

Jika sebelum ini beliau kehilangan ibu yang tersayang pada saat beliau sedang bergelar pelajar PhD demi ibunya, baru- baru ini beliau sekali lagi diuji oleh Allah Ta’ala.

26 hari beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke wad, tidak mampu melakukan apa-apa termasuk menggerakkan tesis beliau. Saat yang sungguh mencabar buat beliau!

Jika jatuh bekali-kali, maka bangkitlah bekali- kali. Mengambil saranan Dr. Roket ini, beliau enggan menjatuhkan motivasi diri hanya kerana faktor kesihatan dan ingin menyelamatkan tesis dari terjajah seketika demi mencapai impian buat keluarga tercinta.

Enggan mengulangi kesilapan lalu tatkala hampir karam dalam lautan PhD sebelum berjumpa Dr. Roket, kini beliau melalui perubahan yang positif dalam hidup dan tesis.

Beliau nekad mencapai GOT (Graduate On Time) atau GBT (Graduate Before Time) dengan percubaan menyelamatkan tesis beliau kali ini melalui proses yang betul dan konsisten dengan tindakan bersama circle group Dr. Roket.

Meskipun masa rawatan beliau hampir serentak dengan Morning Doc, ia tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus menjadi penonton setia Dr. Roket.

Syukur, beliau tetap merasakan semangat kemerdekaan dan perjuangan bersama Dr. Roket biarpun sedang berjuang melawan kesakitan di hospital.

Semangat, komitmen dan keazaman inilah yang membezakan beliau berbanding bangsa Posgrad yang lain, seterusnya menjadikan beliau Platinum yang sangat istimewa didalam circle group Dr. Roket, Subhanallah!

“Tajuk morning Doc Korban dan Merdeka sangat luar biasa! Ia Membuahkan impak terbesar membasuh minda dan mentaliti saya untuk bertindak seberani mungkin. Kecilkan Cabaran, Besarkan Solusi.”

Beliau sesekali tidak akan berhenti, selagi tidak selesai dengan apa yang telah beliau mulakan. Puan Zeti Yusmira mempraktikkan saranan Dr. Roket ini, dan ternyata sangat memberi impak terhadap perkembangan tesisnya dalam apa jua keadaan yang beliau alami.

“Tengahari tadi, saya kembali bangkitkan momentum dengan menggerakkan dan mempraktikkan tools Dr. Roket. Sekali lagi, saya sangat-sangat bersyukur, tidak sangka rupanya saya mampu hasilkan deraf 28 usai sebelum azan Zohor tadi”.

Puan Zeti Yusmira gigih menghantar mesej secara personal kepada Dr. Roket semalam, bagi memaklumkan perkembangan terkininya yang tetap patuh mengikuti proses Dr. Roket meskipun masih berada di wad .

Sikap.

berperang dengan sikaplah yang akan menghalang seseorang daripada segala bentuk penjajahan yang kelihatan mahupun tersembunyi. Tindakan tepat berlandaskan sikap yang positif, inilah penentu kejayaan seseorang bangsa posgrad seperti Puan Zeti Yusmira.

“Nothing works for the first time”, kata-kata Dr. Roket ini mengingatkan kita semua terutama bangsa Posgrad agar istiqamah dalam tindakan dan percubaan.

Seperti mana proses kemerdekaan tanah air yang melalui percubaan berkali-kali oleh pemimpin kita untuk berunding dengan penjajah ketika itu, akhirnya dapat kita merasai manisnya kemerdekaan hingga kini.

Benar, kemanisan perjuangan dan pengorbanan hanya dapat kita rasai setelah merdeka dan bebas daripada belenggu cabaran dan ujian. Dan ingatlah, kemerdekaan yang mutlak hanyalah apabila kita semua masuk di dalam syurga-Nya kelak.

Virtual Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 30-31 Ogos ini, membantu anda mencontohi semangat juang Puan Zeti Yusmira!

Klik sini: https://bit.ly/SAYANAKGURU

Leave a Reply