‘Stuck’ Di Perenggan Pertama, Kini Tesis Shah Rol Hussain Mendapat Progress Luar Biasa

Tuan Shah Rol Hussain, platinum batch 4 baru-baru ini mendapat perhatian secara langsung di dalam siaran Morning Doc bersama Dr. Roket. Beliau yang merupakan pelajar PhD Pengurusan Tadbir Urus dan Risiko di USM, dahulunya agak tertutup fikiran dan pandangan terhadap dunia PhD beliau.

Bagi beliau, tesis adalah semata-mata kesempurnaan didalam penulisan yang perlu beliau tekankan. Sehingga pernah suatu ketika, tesis beliau tersangkut apabila beliau hanya mampu  menulis satu perenggan sahaja.

“Saya mulakan perjalanan Phd bersama Dr. Roket dengan hanya satu perenggan, tak sampai pun satu muka surat. Saya tak mampu menulis disebabkan oleh mental block! Namun kini, saya sudah pun menghasilkan sembilan draft.

Sebelum ini sikap perfectionist menjadikan saya tidak tahu menulis, berfikiran negatif yang menyebabkan terhanyut ke lautan yang dalam,” pengakuan Tuan Shah Rol Hussain seusai beliau berjaya menyiapkan draft kesembilan awal bulan ini.

Namun, ini merupakan sejarah silam beliau sebelum berjumpa dengan Dr. Roket buat kali pertama pada 22 Mac 2020. Beliau yang dulunya berminda negatif dan selalu berasa kesunyian kerana tiada rakan seperjuangan yang menyokong, beliau mula memasang tekad yang tinggi untuk berubah kearah yang lebih positif.

Ternyata selepas menyertai seminar Gempur pada 22 Mac, bukan sahaja berjaya mengubah corak pemikiran beliau, malah kehidupan dan jiwa beliau menjadi semakin tenang. Beliau istiqamah menjaga amalan rohani dengan menunaikan ibadah malam pada setiap hari.

“Tesis itu senang, jika ada cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya”, zikir ini yang sentiasa beliau sebut yang mengubah perspektif buruk dan keladak minda beliau terhadap tesisnya.

Kini beliau telah menjumpai cara-cara untuk mengekalkan komitmen tesis dalam jangka masa panjang. Circle group positif bersama Dr.Roket berbesar hati menerima kemasukkan tuan Shah Rol Hussain untuk terus mengikuti satu-satunya Mentor Pengurusan  Master Phd di Malaysia  iaitu Dr. Mohd  Khairul Nizam Nazri.

Ini secara tidak langsung membantu beliau untuk terus berhubung bersama rakan-rakan GOT tatkala motivasi beliau turun bagi sama-sama meroketkan tesis dan mencapai GOT dan GBT.

“Terima kasih Dr. Khairul Nizam aka Dr. Roket, Dr. Mardiana, team Dr Roket dan semua sahabat platinum.

Terima kasih juga kepada sahabat syurga platinum 4 yang terbaik, bantu membantu, sentiasa memberi sokongan, aktif dan sentiasa positif”, penghargaan beliau kepada circle group positif yang tidak jemu memberi semangat dan membantu beliau kekal positif bagi mencapai impian bergelar Dr. akademik kelak.

Tuan Shah Rol Hussain berhasrat untuk menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai agar meneruskan pengajian sepertinya, bercita-cita menjadi pakar rujukan dunia didalam bidang ‘corporate sustainability dan mahu menjadi salah seorang pakar bidang yang mendapat pengiktirafan atas sumbangan ilmu oleh universiti ternama di dunia.

Ini antara impian-impian beliau apabila bergelar Dr. akademik kelak dan menjadi faktor beliau merasakan pentingnya untuk menghabiskan pengajian PhD secepat mungkin.

Untuk mengekalkan momentum penulisan tesisnya, beliau komited menggunakan tools Dr. Roket dan menyusun semula jadual harian agar dapat melakukan tindakkan yang tepat dan lebi efektif.

Kaedah pengurusan tesis yang diajarkan oleh Dr. Roket juga membantu beliau mendahulukan perkara yang lebih penting, meningkatkan motivasi diri dan membuang sikap ‘perfectionist’ secara perlahan-lahan yang membantutkan perkembangan tesis beliau selama ini.

Tiap hari beliau dapat memastikan untuk konsisten menulis walaupun sibuk menghadiri seminar dan menguruskan keluarga.

“Terima kasih Dr Roket atas perkongsian tips pengurusan tesis. Rupa-rupanyanya penulisan tesis juga perlukan teknik dan strategi. Setelah diamalkan, alhamdulilah, progress penulisan tesis sentiasa positif”, beliau mengakui sendiri keberkesanan tools Dr. Roket.

Beliau turut merasakan perubahan yang positif dari sudut kerohanian apabila hubungan dengan tuhan Maha Pencipta semakin baik. Ini kerana, didalam modul Dr. Roket beliau digalakkan untuk bangun seawal 4pagi bagi bertahajjud dan memulakan penulisan tesis pada waktu pagi.

Malah, Al- Quran dan istighfar turut dijadikan rutin harian yang membantu mengawal tekanan agar dapat menjalani kehidupan dengan tenang seterusnya menghasilkan perkembangan penulisan yang memuaskan.

Perubahan positif inilah yang dirasai oleh Tuan Shah Rol selepas beliau menghadiri Roket Intensive Clinic pada 24 hingga 26 April 2020, sehingga beliau berjaya menyiapkan sembilan draft. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menghasilkan satu artikel untuk conference.

Hingga kini, beliau telah menulis sebanyak 470 muka surat hanya dalam tempoh 6 bulan berguru dengan Dr. Roket.

Perubahan paling ketara yang beliau rasakan apabila tesis beliau tetap mempunyai perkembangan harian walaupun sedikit, iaitu secara purata beliau berjaya menulis 5 muka surat sehari.

“Semakin banyak menulis, akan membuatkan penulisan kita menjadi semakin bagus. Insyaallah semoga menjadi penulis yang baik dan cemerlang”, ujar beliau semasa menghantar laporan harian didalam group fb Platinum.

Kehidupan beliau juga menjadi lebih baik apabila beliau semakin menghargai insan yang tersayang. Hubungan bersama penyelia juga semakin baik apabila penyelia beliau sentiasa menghulurkan bantuan untuk untuk menyemak dan memberi komen terhadap draft yang beliau hasilkan.

Bersama circle group Dr. Roket, beliau nekad melajukan perkembangan tesis agar tidak merasa rendah diri dengan pencapaian mereka.

Beliau juga mencontohi sifat-sifat Platinum yang GOT dan GBT agar dapat mengikut jejak langkah mereka seterusnya mengikuti saranan Dr. Roket sendri;

“Penting untuk membaca result-result yang positif daripada orang-orang yang berjaya, agar kita turut sama terinspirasi dan dapat belajar daripada kesilapan lalu. Kerana result-result mereka akan membantu kita untuk berkembang”, ujar Dr. Roket secara langsung didalam Morning Doc FB Page Dr. Roket baru-baru ini.

“Moga Allah mengurniakan mentor kita, Dr. Roket, Dr. Mardiana dan seluruh keluarga 2M World Sdn Bhd dengan ganjaran pahala dan kenikmatan yang besar disisi Allah”, ucapan penuh bermakna Tuan Shah Rol Hussain sempena Aidiladha baru-baru ini.

Anda juga boleh jadi seperti beliau. Dapatkan Tools Dr. Roket dan sertai seminar Nak Ubah Tesis hanya dengan klik disini: https://bit.ly/SAYANAKGURUDANTOOLS

Leave a Reply