[SUCCESS STORY] : JANGAN PERCAYA DAN CONTOHI SAYA, tetapi BUAT SAHAJA KESEMUA ILMU DR ROKET!

Disalin Dari Geng Platinum DrRoket.

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah disini saya ingin berkongsi kejayaan saya menyelesaikan Draf Pertama Tesis saya lebih awal dari tarikh jangkaan, daripada group 4 bulan dibakar masuk ke dalam group 1 bulan, dan Alhamdulillah dapat siap sebelum raya (boleh bantu ibu buat persiapan raya dengan tenang 😁). Setelah melalui proses draf pertama ini, baru saya sedari ianya sebenarnya tidak mustahil untuk disiapkan lebih awal bahkan sebenarnya mampu disiapkan dalam masa seminggu jika anda mengaplikasikan kesemua ilmu RIC 1 & 2 tanpa henti & konsisten.

Saya mohon pada anda semua JANGAN PERCAYA DAN CONTOHI SAYA, tetapi BUAT SAHAJA KESEMUA ILMU DR ROKET!

Alhamdulillah, nikmat yang terbesar berkat lalui semua proses ini sebenarnya adalah Family Platinum. Kenapa saya katakan family? kerana mereka amat mengambil berat tentang saya. Ketika saya terjatuh dalam lubang biawak, merekalah yang menarik saya keluar kembali. Ketika saya terbeku kaku dalam dunia cabaran, merekalah yang melakukan pembakaran terbuka setiap masa mendidihkan semula otak ini 🔥🔥🔥. Terima kasih kepada Prof Dr Wan Maslukma kerana menghubungi saya bertanya khabar tempoh hari, saya amat terharu dengan panggilan Prof tersebut. Saya sangat look up kepada abang² & kakak² PhD saya ini, kerana mereka contoh terbaik yang Allah berikan kepada saya sebagai persediaan PhD saya nanti.

Saya masih banyak berhutang pada diri saya, belum berikan hak pada diri untuk konsisten amalkan ilmu Dr Roket.
Saya mohon doakan saya kekal BERTAHAN BERESKAN BERTAHAN untuk lalui proses berikutnya.
.
_Ya Allah, Kau pandanglah usaha team Dr Roket ini dengan pandangan Rahmat Kasih SayangMu. Kau kurniakan mereka & keluarga mereka rezeki dalam apa jua bentuk. Kau permudahkan & pandukan usaha serta niat murni Dr Roket untuk meramaikan orang baik yang bijak dimuka bumi ini Ya Allah. amin amin Ya Rabbal ‘Alamin…_

– *2 Jun 2019, Prof Dr Siti Rahmah binti Ahmad Razuan*

 

 

#DrRoket

#MasterPh.DStrategist

Leave a Reply