FOUNDER

DR HJ. MOHD KHAIRUL NIZAM ZAINAN NAZRI (CRMP)

Dr. Hj. Mohd Khairul Nizam Bin Zainan Nazri atau lebih dikenali sebagai Dr Roket. Berkelulusan Ph.D Usuluddin (Al-Quran dan Hadith) daripada Universiti Malaya. Beliau juga sebelum ini pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Peringkat Master (MAIRKHIslamic Revealed Knowledge in Hadith) dan peringkat ijazah (BAIRKH Majoring in Fiqh wa Usulihi & Minoring in Psychology).

 Beliau merupakan mantan Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM. Beliau juga merupakan pengasas kepada Syarikat 2M World Sdn Bhd yang mengendalikan Seminar Pengurusan Master PhD serta merupakan author di website rasmi www.drroket.com bergiat aktif dalam membantu pelajar Master PhD serta membantu lebih 1000 pelajar Master Ph.D dalam Pengurusan Tesis dan Pengajian dalam Siri Seminar, Bengkel, Kelas dan Coaching (Online / Offline untuk Individu dan Berkumpulan). Misi beliau adalah untuk membantu Kementerian Pengajian Tinggi dalam merealisasikan hasrat negara untuk memiliki seramai mungkin pemegang Doktor Falsafah (Ph.D) di Malaysia.

Objektif utama untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi agar dapat disalurkan kepada mereka yang berminat untuk membina kecemerlangan diri, masyarakat dan negara khususnya bagi pelajar Master PhD.