TIDAK PERLU MASTER DAN Ph.D.

Dr perlu ker master dan Ph.D? Soal pelajar.

Pensyarah: Perlu.

Boleh jadi sehebat imam Syafie ke? Soalnya lagi.

Pensyarah: Belum tentu.

Imam-imam mazhab tak masuk U pun? Tesis pun tak dak?

Pensyarah: Syafie telah masuk universiti “Imam Malik bin Anas”di Madinah. Tesisnya amat banyak “al-Umm” , “al-Risalah” banyak lagi. Telah di nilai para ulama sezaman dan selepasnya.

Erk. Peningla. Kadang-kadang saya tengok orang yang ada phD pun cakap macam tak tahu apa. Sesat pun ada!

Pensyarah: Itu biasa. Mereka juga manusia.

Ada masa lupa. Mungkin mereka tidak pandai bercakap.

Atau gugup sehingga poin terlupa.

Mungkin juga mereka tidak mahu berkongsi. Takut dituduh sesat.

Jangan terpedaya dan anggap mereka berilmu bila mereka pandai bercakap.

Mereka mungkin pandai “menggoreng”. Itu ramai diluar sana.

Betul juga. Tapi Ijazah pun dah cukup rasanya Dr? Balas pelajar.

Pensyarah: Ijazah seumpama “bayi” baru merangkak.

Erk teruknya? Pelajar menggaru kepala.

Pensyarah: Saya terlibat dalam menggubal silibus sijil,diploma dan ijazah.

Sedikit pengalaman ini saya faham ijazah itu baru berada diluar pintu lautan ilmu.

Itupun ramai pelajar ijazah main-main.

Buat tugasan “copy n paste”,ponteng, tidur masa kuliah, tidak membaca buku rujukan yang ada dalam silibus.

1001 isu pelajar ijazah ni.

Belum matang agaknya.

Hormon belum stabil.

Itu belum dikira yang aktif berpesatuan. Mereka ni meeting pandai la kot?.

Ilmu silat pun ada tahap tali pinggang kan?

Jadi Master Phd apa pulak?

Cuma saya terbaca tesis ada jugak kesalahan dan penuh nota kaki? Soal Pelajar.

“Baru mula menunjuk minat”

Pensyarah: Tesis bukan al-Quran. Selepas viva dan penjilidan pun mesti jumpa kesilapan. Itu hasil kerja manusia.

Masa pelajar tu buat dia pun masih belajar.

Orang sedang berenang dalam laut.

Sekali sekala lemas.

Terminum air laut. Di gigit tapak sulaiman.

Muka dipalit minyak kapal.

Ada perasaan nak cepat habis.

Dan macam-macam ujian ketika menghabiskan phD.

Pengalaman saya pun begitu.

Tahap tekanan amat tinggi.

Tu sebab ramai yang jadi gemuk masa phD.

Stress je makan, makan je petanda stress.

Nota kaki itu petunjuk mereka telah banyak membaca dan merujuk dalam bidang mereka.

Mereka yang buat master dan phD telah menginfaqkan masa gembira dan rehat mereka untuk membaca dan memahami karya-karya besar.

Akhirnya mereka belajar menilai. Menganalisis fakta.

Mereka belajar baca teks bagi habis. Fahamkan maksud. Bukan potong-potong maklumat untuk sokong “geng” aku daa.

Mereka telah terjun dan pernah kelemasan.

Mereka telah membayar amat mahal untuk masuk berenang dilaut itu.

Bagaimana pula yang tak buat master dan phD? Soal pensyarah.

Karya siapa yang mereka baca.

Epestimologi ilmu mana yang mereka ikut?

Falsafah ilmu faham tak?

Siapa yang telah menilai hasil ilmiah mereka?

Betul jugak ye Dr. Balas pelajar.

Pensyarah: Ya betul.

Tidak perlu ulas benda yang kita tak tahu. Jika belum pernah belayar dilautan duduk diam-diam.

Kenal lautan itu apa itu.

Jika ilmu di universiti kita kutuk. Mahu percaya kepada siapa lagi?

.

DrRoket

Coach Roket Master Ph.D (CRMP)

========================

Adakah anda adalah calon pelajar Master / Ph.D? Sekiranya Ya, adakah anda ingin  tahu RAHSIA, FORMULA, SKILL & TEKNIK yang melajukan tesis dan boleh habis dalam tempoh  3- 6 bulan?

Mahu memecahkan segera  jalan buntu sepanjang perjalanan sebagai Master Ph.D? Mahu habis segera dan  mendapat khabar gembira seperti  dua orang pelajar PhD tadi?

.

Sekiranya Ya, jangan bertangguh lagi. Daftar segera dengan tekan link borang dibawah.

.

Temui saya dalam siri jelajah Seminar Roket kali ini. Datang Belajar & Buat. InsyaAllah pasti akan temui impak yang luar biasa pada diri anda.

Jadi dari sebehagian mereka yang telah mendapat manfaat.

 

Daftar Sekarang (Daftar bertiga labih jimat. TAG kawan ajak sekali mana tahu  rakan anda akan mendapat manfaat ini bersama-sama):

http://bit.ly/ROKETEXCLUSIVE

http://bit.ly/ROKETEXCLUSIVE

http://bit.ly/ROKETEXCLUSIVE

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Cikpuan Nadia: 018- 2587003

Cikpuan Izzati : 018- 3998003

 

Leave a Reply