[TIPS MASTER Ph.D]: 10 TIPS SIAP 1ST DRAFT DAN 2ND DRAFT THESIS AWAL DARI TARIKH JANGKAAN

Assalamualaikum wbt.. Hi! Didoakan  anda dimudahkan SEMUA urusan.
.
Boleh  kongsikan dengan saya,  apa impak  setelah  hadir GEMPUR tempoh hari?
.
Saya doakan semoga Allah mudahkan anda untuk amalkan ilmu yang telah saya kongsikan tempoh hari.
.
Kali ini saya nak kongsikan “result” terbaru geng Platinum batch 2 yang hadir Gempur Jun/ Julai 2019. 3 orang geng Platinum menjadi orang pertama, kedua dan ketiga yang telah siap 1st draft & 2nd draft  thesis kurang dari tarikh jangkaan mereka. Yang bestnya mereka telah siap sebelum raya Aidil Adha. Bolehlah berhari raya dengan gembira. Saya kongsikan antara Tips mereka disini:
.

Dr Waheeda:

.
Beliau Dr Waheeda seorang pakar mata yang sedang selesaikan tesis Ph.D beliau. Sewaktu hadir Gempur beliau was-was nak join Platinum. Boleh ker..? Eh betul ker.
.
Namun Beliau tekad nekad bulat grab peluang yang ada. Beliau hadir RIC 1. Baca “Result” beliau.:

“Alhamdulillah, dengan izin Allah jua….hari ini saya berjaya menyiapkan 1st draft thesis.

Tarikh jangkaan siap
1 September 2019.

Tarikh sebenar siap
8 Ogos 2019.

Syukur Ya Allah. Terima Kasih Dr Roket, Dr Zack dan kawan2 semua. Saya doakan semua sahabat dapat siapkan seperti yg dihajati. Ameen.

Sekarang menuju 1st draft kepada Supervisor. Doakan saya.

Alfaqir Ilallah
Waheeda Azwa Hussein”
.
Anda rasa, apa ye yang saya bantu dalam geng Platinum sehingga kebaboom ni?
.
Ha best tak..? Best kan Raya Haji  saat tesis yang tersadai bertahun tapi telah pun SIAP. Alhamdulillah.
.
Satu lagi “Result” saya nak share nak tak?. Calon Ph.D UPM Bidang Agriculture Cik Pn Tasneem. Beliau adalah alumni Dr Roket yang lama, tapi telah datang semula dan merasai perbezaan modul yang sebelum ini. Alhamdulillah. Jom baca Tips beliau:
.
“Bismillah …

⛔️AMARAN, TULIS INI AGAK PANJANG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tiada kata yang mampu dilafazkan melainkan syukur ya Allah, dapat siap juga akhirnya 2nd draft tesis ni dalam tempoh 5 hari saja pada petang yang mulia yang penuh keberkatan,

Jumaat
*09/08/2019*

8 Dzulhijjah 1440H

Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang tidak pernah jemu-jemu mendoakan kejayaan diri ini dan yang sentiasa memberi semangat untuk siapkan 2nd draft tesis.

Suamiku, Abu ‘Ubaidah. Terima kasih kerana sangat memahami. Tolong jaga Fateh ketika diri ini memerlukan fokus 500% untuk menulis.

Kedua ibu bapaku, yang sentiasa positif dengan diri ini dan tahu jatuh bangun dalam perjalanan menggapai sebuah PhD.
“InshaAllah, kakak boleh buat” … “Tahniah, Dr. Tasnim”.

Buat Dr. Roket & Team, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Hanya Allah sajalah yang dapat menganjari usaha Dr Roket & team untuk memastikan kami pelajar postgrad GBT/GOT. Ilmu Dr. Roket kongsikan tidak ternilai dengan wang ringgit. Great, Amazing, Powerful Giler👍👍👍Yang penting BUAT JE, JANGAN PERCAYA!

Buat rakan-rakan seperjuang, terutamanya Geng Platinum Dr. Roket, terima kasih buat kalian. Semangat luar biasa dari kalian membuatkan diri ini berkobar-kobar untuk siapkan secepat mungkin PhD ni. BENDA BOLEH SIAP CEPAT, MENGAPA NAK BERTANGGUH?

Untuk siapkan 2nd draf tesis ni, perlukan SENJATA untuk bantu saya percepatkan penulisan. Antaranya:

1) * Tesis yang agak mirip dengan tajuk kita.

2) * Text Scanner (OCR)

3) * Affirmation yang ditampal di workstation untuk dizikir setiap saat supaya kita on track untuk mencapainya.

4) * Brain Fokus Apps untuk sentiasa disiplin dengan masa.

5) * Puasa. Menulis dalam keadaan berpuasa bagi saya, fokusnya luar biasa. Alhamdulilah dapat puasa sunat awal Dzulhijjah sepanjang menulis 2nd draf tesis ni.

6) * Doa. Doa ibu bapa, doa suami, doa anak, doa insan-insan postive. Saya yakin, dengan doa merekalah saya dapat siap dengan cepat draft tesis ni.

7) * Menulis di mana saja. Saya insan WIP (work in peace). Tapi tarikh akhir menulis (09/08/2019) saya terpaksa menggunakan kaedah SI (Slot in). Menulis di hospital semasa menanti giliran appointment anak. Kemudian sambung lagi menulis di showroom kereta (teman suami ada urusan di situ). Dan saya titik noktah terakhir tesis di situ. Alhamdulillah. Bergambar kenangan dengan tesis yang belum diprint di hadapan Masjid Glenmarie.

8) * KILL FOX! Saya orang perfectionist. Tapi saya lawan, lawan dan lawan sikap tu. Kalau tak, entah bila saya akan meletakkan notah terakhir untuk 2nd draft tesis saya.

9) * Ilmu tesis management. Ilmu ni mahal. Saya dapat dari GEMPUR dan RIC Dr. Roket. Memang momentum luar biasa bila balik dari program Dr Roket ni. FAST ACTION, FAST RESULT!

10) *Atlas.ti, speech note dan banyak lagi yang powerful memang dapat bantu meroket tesis anda.

Akhir kalam, anda adalah apa yang anda fikirkan. Cara anda bertindak menentukan hasil di penghujungnya. Manis, masam, kelat, pahit … Anda pilih.

p/s: Alhamdulillah dapat beraya dengan tenang sebab 2nd draf tesis dah siap. Yeay!”
.
2nd Draft kot..? Rasa ok ke ok sangat..?
.

Yang ketiga, seorang yang perfectionist. Dr Sharifah. Tapi Alhamdulillah telah selesai dengan jayanya. Boleh baca sharing mereka di bawah ye.

.

Sebab itu saya tak benarkan untuk lompat-lompat kelas. Kerana data menunjukkan mereka tak mampu nak follow process seperti mana mereka yang komited dan follow the process dan modul dari A-Z.
.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
.
DrRoket

Guru Master Ph.D Stratrgist No.1 Malaysia

Leave a Reply