Tips Persediaan dan Kejayaan Viva Puan Hidayah Ahmad Azam, Ibu Kepada 7 Cahaya Mata!

Puan Hidayah Ahmad Azam, antara Platinum yang dikagumi kerana disebalik kesibukan dalam kerja amal dan dakwah serta tugas sebagai seorang ibu kepada 7 cahaya mata, beliau juga merupakan pelajar PhD bersama suami tercinta. Tanggal 16 Februari 2021 baru-baru ini, beliau dijadualkan untuk masuk ke bilik Viva. Ini antara titipan nasihat dan tips berharga yang sempat beliau kongsikan, sebagai persediaan kejayaan Viva-nya:

“Sebagai persediaan Viva saya, ada perkara yang saya lebihkan dan ada perkara yang saya kurangkan dalam tindakan saya. Didalam aspek kehidupan seharian, saya sentiasa memastikan tidak meninggalkan solat Tahajjud setiap malam dan doa seikhlas mungkin semoga Allah permudahkan segala hajat dan permohonan. Menjadi rutin untuk saya membaca Al-Quran pada setiap hari, dan niatkan sebagai suatu amal soleh dan bertawassul dengan amalan kebaikan. Bukan itu sahaja, saya cuba sedaya upaya untuk membantu bantu sahabat lain mengikut keupayaan dan kapasiti kita yang termampu. Tidak lupa, saya begitu menjaga kesihatan sebaik mungkin dengan mengamalkan pemakanan sihat dan senaman.

Selain itu, dari sudut penulisan tesis, saya memperbanyakkan untuk review tesis sedetail dan sekerap mugkin sehingga tiba hari viva. Sediakan sebanyak mungkin jawapan daripada expected question, rakam dan dengarkan setiap hari supaya dapat membiasakan otak dengan jawapan-jawapan tersebut.

Oleh yang demikian, saya terus berlatih membuat presentation berulang kali dengan sahabat Platinum untuk mendapatkan aha dan teguran apa yang perlu diperbaiki lagi. Malahan, saya lakukan presentation depan cermin seorang diri untuk tingkatkan keyakinan dan berlatih eye contact. Baiki jadual sekolah dan raise standard tahap kepatuhan terhadap jadual sekolah.

Seterusnya, perkara yang saya kurang lakukan semasa tempoh menghampiri tarikh Viva iaitu pertama, saya alihkan perhatian saya daripada apa sahaja perkara yang tidak beri impak pada tesis. Saya juga membuang segala bentuk kerisauan yang tidak tentu hala berkaitan tesis.

Dalam pada masa yang sama, saya mula mengamalkan Tindakan-tindakan betul (TTB) yang mencerahkan peluang kejayaan Viva saya tidak lama lagi. Dari sudut keberkatan kehidupan, saya tidak lupa untuk  meminta restu dan doa daripada emak, ayah dan suami hari-hari. Minta juga anak anak doakan kita pada setiap hari.

Dalam pada itu, saya mengamalkan surah Yasin Ayat 9, surah Yusoff ayat 67. Moga Allah tutup segala keaiban tesis kita dan limpahkan sifat rahmah pada examiner. Selain itu, rutinkan untuk menunaikan solat sunat taubat setiap hari dan mohon maaf dan memaafkan semua orang.  Kerapkan juga bersedekah kepada sesiapa sahaja dan minta agar mereka doakan kita dan niat agar menjadi amal soleh untuk bantu kita.

Selain itu, sentiasa visualkan perkara-perkara baik yang disenaraikan dalam Viva dream board kita supaya semakin hari semakin jelas, dan visual sebelum tidur mengenai  gambaran pakaian, keadaan, examiner dan lain-lain perkara pada hari kejadian. Lebih-lebih lagi, percaya dengan diri sendiri dengan bercakap perkara positif sahaja setiap hari. Saya berdoa secara lebih kerap dan terperinci.” YA ALLAH berilah aku examiner yang tidak melihat kesalahan aku. YA ALLAH berilah aku  examiner yang akan viva kan aku without correction dalam tempoh 30 minit sahaja.”

Pada waktu yang sama, belajar untuk bertenang dan berlatih untuk bertenang. Orang tenang selalu menang! Disamping itu untuk tesis pula, saya akan mencari artikel terbaharu yang berkaitan sekiranya ada, serta mencari dan membaca artikel yang berkaitan dengan pemeriksa.

Saya juga ada menghubungi pakar dan dapatkan persetujuan untuk mock Viva berulang kali dengan pakar berlainan. Oleh itu, saya menyediakan slide tambahan yang berkemungkinan ditanya untuk ditunjukkan. Saya juga melakukan mind mapping setiap hari untuk hafal kedudukan isi-isi penting dalam tesis sendiri. Jikalalau terjumpa sesuatu dalam tesis yang salah, sediakan helaian yang betul, besedia untuk beri jawapan dengan fakta mengapa tersalah.

Bukan itu sahaja, ada juga perkara yang saya tidak lakukan sepanjang tempoh menghampiri Viva. Antaranya dengan mengelakkan diri melayan emosi dengan melalukan mental exercise dan fokus buat TTB. Saya ketepikan apa sahaja perkara-perkara yang tidak penting,dan mula fokus untuk Viva 100%. Hindari makan dengan banyak dan kurang bergerak. Elakkan berfikiran negatif terhadap diri sendiri dan melayan bisikan2 negatif, serta hindari orang yang bercakap negatif mengenai viva.”

Leave a Reply