TIPS URUS IDEA WAKTU CUTI

5 Tip Urus Idea Melimpah Masa Cuti.
.
Cuti panjang membuatkan idea menulis tesis kita datang menderu-deru..ada yang percaya?
.
Tetapi ketika itulah kita tidak bersedia mencatat?
.
Betul ker betul?
.
Idea-idea mahal itu hilang begitu saja bak kata orang kampung saya “gone”.
.
Tak catat? Ia pergi bagai angin lalu.
.
Tip mudah supaya idea-idea tu tak pergi. Ingat idea-idea mungkin tidak kembali.
.
Seingat saya saya masa menulis tesis dulu jarang saya lepaskan idea-idea mahal tu.
.
Nak tau macam mana saya buat?
.
1. Guna apa saja yang ada ditangan untuk catat.
Sehingga saya pernah mencatat pada cebisan akhbar pembungkus nasi lemak. Gara-gara idea muncul ketika makan bersama keluarga.
.
2. Minta bantuan orang lain untuk catat atau hafal dan beritahu semula.
.
Banyak kali juga semasa memandu pulang ke kampung saya minta isteri untuk catat.
.
Menariknya memang masa cuti panjang dan bermusafir banyak betul idea!!.
.
3. Terus rakam dalam hp.
.
4. Sediakan buku khas.Orang panggil “buku 555”. Letakkan sentiasa dalam kocek.
.
Calon ijazah tinggi jika tak de buku ni dalam kocek kira “ceroi” la.
.
Detailnya kita kongsi dalam advance R.O.K.E.T 24-26 Mac 2017.
.
Apa item yang perlu dan macam mana nak urus buku 555. Kami namakan buku itu ” The Book’s of Ideas”

5. Urus idea time cuti dengan segera.
.
Selamat mengurus idea time cuti.
.
Anda Belajar Kami Urus.
.
DrRoket.tips

Leave a Reply