Titipan Doa Terisitimewa Khas Buat Dr. Roket dan Bangsa Posgrad

Mentor yang berdedikasi tinggi sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak didiknya mendapat yang terbaik. Ilmu yang mereka curahkan sememangnya sungguh berharga dan tiada galang gantinya. Merekalah guru yang terbaik dan pengorbanan mereka amat wajar kita hargai.

Atas sebab ini, titipan doa berikut adalah teristimewa buat guru pengurusan Master PhD nombor satu Malaysia: Dr. Roket! Nukilan khas daripada anak murid beliau yang juga merupakan Platinum Dr. Roket yang sedang menuntut di Cambridge University; Tuan Fauzi Said.
Ayuh sama-sama kita hayati doa ini, dengan penuh ikhlas dan pengharapan kepada Allah Ta’ala buat guru dan rakan seperjuangan kita semua:

بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

اللهم افتح علينا حكمتك ونشر علينا من خزائن رحمتكك يا ارحم الراحمين.

يا حي يا قيوم برحمتك استغيث.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami telah mendapat banyak nikmat pada hari ini. Engkau telah pertemukan kami dengan guru yang banyak result, proses yang betul dan juga rakan-rakan yang sangat positif pada ketika ini.

Dengan ini Engkau bantulah kami Ya Allah agar kami dapat meneruskan usaha kami sehingga ke akhirnya, dalam jalan ilmu ini sama ada di peringkat Master ataupun PhD.

Mana-mana di antara kami yang menghadapi kesulitan dalam konteks kesihatan, kewangan, keluarga dan sebagainya, Engkau permudahkanlah Ya Allah.

Sekiranya Engkau melihat ada di antara kami yang stuck Ya Allah, Engkau leraikanlah permasalahan kami. Engkau berikanlah kami petunjuk, Engkau berikanlah kami, hadirkanlah kami insan-insan yang dapat membantu kami.

Engkau berikanlah kami tenaga, energy dan momentum untuk kami terus terbang dengan lebih tinggi, lebih jauh dan lebih pantas Ya Allah.

Ya Allah,

Engkau berikanlah usaha kepada kami suatu usaha yang dapat meningkatkan diri kami, keluarga kami, kedua ibu bapa kami dan juga masyarakat kami Ya Allah.

Ya Allah,

Engkau pandanglah apa yang kami usahakan pada hari ini Ya Allah.

Engkau berikanlah nikmat kesihatan, dan juga Engkau angkatlah darjat guru kami Ya Allah, Dr Roket dan juga Tim Dr Roket.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Pada saat yang Engkau berkati ini, pada Hari Jumaat ini Ya Allah, Engkau berikanlah nikmat dan rahmatMu kepada kami Ya Allah.

Janganlah tinggalkan kami Ya Allah, sehingga kami berjaya mengecap nikmat mendapat, menggenggam skrol Master PhD kami, sehingga kami mendapat surat Senat pada satu hari nanti Ya Allah.

Aamiin Aamiin Ya Mujib, Aaminn Ya Rabbal Alamiin,

Alhamdulillahi Rabbil Alamiin,  Amiin.

.

Jutaan Terima kasih kepada guru kami Dr Mohd Khairul Nizam yang telah memberikan peluang untuk sesi Platinum Result dan seterusnya melafazkan doa secara spontan. Semoga Allah SWT pandang usaha kita dan makbulkan doa kita semua ini.

Leave a Reply