“Seakan tidak percaya tatkala Pengerusi mengumumkan lulus viva yang hanya berlangsung 2 jam dan sungguh, ia adalah viva yang pernuh dengan senyuman “, inilah yang dilalui oleh Dr. Shikin Marzuki yang PJJ bersama suami serta menjaga anak-anaknya sendirian demi merealisasikan impian besar ibu dan bapa kerana beliau merasakan dengan cara ini dapat membalas pengorbanan mereka.

Beliau yang mengambil bidang Struktur dalam Kejuruteraan Awam, pada mulanya tersangkut dalam perjalanan PhD selama bertahun- tahun sebelum berjumpa Dr. Roket. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, beliau dahulu bukanlah yang sekarang. Emosi beliau seakan terbeban dengan tanggungjawab, malah merasakan tidak mampu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak kerana selalu melepaskan emosi kepada mereka.

Namun, beliau nekad mahu habiskan perjalanan PhD secepat mungkin & percaya pentingnya pengurusan emosi sebagai ibu kepada anak-anak. Pada hujung bulan Mac 2019, beliau sanggup berjumpa sendiri dengan Dr. Roket dan merayu untuk menyertai Platinum tanpa mengikuti syarat-syarat sepatutnya.

Berani!

Bagi beliau, Circle yang tepat amat perlu bagi bangsa Postgrad. Malah beliau sendiri bersedia untuk mengulangi langkah demi langkah bagi terus kekal bersama lingkungan Tim Platinum Dr. Roket disamping sokongan ibubapa dan suami.

Berbekalkan kesungguhan mengikuti Tools khusus yang disediakan, Dr. Shikin membuktikan RESULT dalam PhD dan kehidupannya sendiri. Bukan itu sahaja, beliau sendiri merasai peningkatan emosi, spiritual hasil bimbangan mentor yang tepat selepas menyertai Nak Ubah Tesis.

Bermula daripada Time Management yang teratur, progress week by week beliau semakin jelas. Selesai sahaja RIC 1, beliau menerima pujian daripada supervisor kerana peningkatan tesis yang sangat laju dan memuaskan.

Mengalir air mata Dr. Shikin tatkala melihat Dr. Roket sendiri hadir pada hari viva yang sangat bersejarah bagi beliau, air mata yang mengalir adalah air mata kegembiraan kerana terharu seorang guru yang hebat sanggup datang meraikan hari bersejarah anak muridnya kerana jauh di sudut hati beliau, sememangnya Dr. Shikin mengharapkan Dr. Roket hadir pada hari vivanya.

Allahuakbar SubhanaAllah Alhamdulillah syukur, Dr. Shikin kini berjaya merealisasikan impian ibubapanya & membuktikan keberkesanan kata-kata Dr. Roket, `Anda Belajar Kami Urus´!

Dr. Shikin amat berterima kasih kepada tim Dr. Roket atas bantuan yang sangat bermakna; “terima kasih atas segala-galanya Dr. Roket. Semuanya berubah dalam sekelip mata. Saya sangat bersyukur, perubahan itu adalah perubahan yang sangat-sangat positif sehingga membuatkan ibu saya kagum dan bangga menjadi anak murid Dr. Roket”.

Leave a Reply