Our Selected Work

SEMINAR MASTER Ph.D ROKET
PERSONAL COACHING BERSAMA DR ROKET
Dr Roket
SEMINAR MASTER Ph.D ROKET

15179174_1748484588750069_3594470952313182651_n2M WORLD SDN BHD
SUITE A, NO.2-07, JLN SG 1, PRIMA SRI GOMBAK 68100,
BATU CAVES, SELANGOR.
LAPORAN PROGRAM
PROGRAM : Seminar ‘Teknik Asas Meroketkan Master dan Ph.D Anda’
TARIKH :20 NOVEMBER 2016

1.0-Pengenalan
Tujuan seminar percuma R.O.K.E.T ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar ijazah tinggi dalam meroketkan pengajian mereka. Ramai para pelajar ijazah tinggi yang kehilangan arah sepanjang tempoh pengajian, tidak jelas ‘milestone’ pengajian, menjadi mangsa keadaan dengan diselia oleh penyelia yang langsung tidak membantu, penulisan tesis tidak bergerak-gerak, terpaksa memberhentikan pengajian ditengah jalan, dan seribu satu sebab yang lain. Seminar ini memberi panduan akan sistem pengurusan pengajian yang betul, mudah, terbukti berkesan dan professional.
Ia merupakan formula dan resipi kejayaan yang diinspirasikan oleh pengalaman penceramah sendiri, iaitu Dr.Hj Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri dan teman-teman terdekat yg telah dibantu, disamping perkongsian dari individu-individu yg telah berjaya meroketkan pengajian mereka semasa menyiapkan projek ijazah tinggi.

2.0-Sasaran peserta
2M World menyasarkan seramai 30 orang peserta yang akan hadir ke seminar ini memandangkan ia merupakan program pertama syarikat. Faktor keluasan tempat dan sistem pengurusan yang masih mentah agak membataskan syarikat dalam menyasarkan jumlah peserta yang ramai. Namun, kehadiran peserta seramai 37 orang yang hadir pada hari majlis adalah diluar jangkaan syarikat. Secara keseluruhan, program dan pergerakan peserta sepanjang seminar ini berjalan dengan lancar walaupun diatur selia oleh hanya seramai empat orang jawatan kuasa.
3.0-Perjalanan program
Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 8.00pagi. Sesi perkongsian dari penceramah bermula pada jam 9 pagi. Penceramah memberikan pengenalan program kepada peserta sebelum menghuraikan satu persatu masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar Master dan Ph.D. Sebanyak 9 Formula dibincang dan dihuraikan bagi memastikan pelajar berada di landasan pengajian yang betul dan tepat. Kemudian peserta diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan mengikut situasi serta cabaran yang berbeza. Para peserta akan berbincang sesama sendiri mengenai masalah yang mereka alami seterusnya dipandu oleh penceramah dalam mencari solusi dan diagnosis kepada cabaran tersebut. Seminar juga diselitkan dengan aktiviti senaman ringan bagi menarik fokus peserta dan mengelakkan rasa bosan. Beberapa bahan dibekalkan kepada peserta semasa seminar termasuklah ‘Workbook’, ‘e-book’, Carta ‘Advanced R.O.K.E.T Master Ph.D (ARMP), serta sesi webinar (seminar atas talian). Seminar ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari . Akhir sekali, pada sebelah petang, penceramah mengadakan sesi kosultasi khas bersama peserta yang ingin berbincang secara personal. Pihak syarikat akan membuat pantauan keatas pengajian peserta secara berkala sehingga tempoh bergraduat. Berpegang pada misi ‘Anda Belajar, Kami Uruskan’,syarikat 2M World Sdn Bhd menawarkan kursus dan latihan kaunseling khusus kepada golongan professional dan pelajar dalam meneruskan pengajian mereka. Syarikat ini juga menyasarkan golongan wanita yang bergelar suri rumah tangga yang bercita-cita untuk
meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Untuk itu, sebuah lagi seminar bertajuk ‘Superwoman’ akan diadakan dalam Bulan Disember 2016
4.0-Penutup
Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan yang hebat dari peserta dan kini ia mula dikenali dalam kalangan pelajar pascasiswazah. Program berjalan dengan lancar serta mendapat maklum balas yang baik dari peserta. Semoga lebih banyak lagi program seperti ini dapat diadakan bagi menyasarkan lebih ramai golongan dari pelbagai latar belakang.

PERSONAL COACHING BERSAMA DR ROKET

APA KATA MEREKA; PERSONAL COACHING BERSAMA DR ROKET?

Testimoni Personal Coaching Dr Roket-3

Testimoni Personal Coaching Dr Roket-3

January 17, 2017

Testimoni Personal Coaching Dr Roket-2

Testimoni Personal Coaching Dr Roket-2

January 17, 2017

Testimoni Personal Coaching Dr Roket-1

Testimoni Personal Coaching Dr Roket-1

January 17, 2017